Monday 24 August 2015

Landskap Budaya: Lawatan ke Laos 2014

Laos adalah negara pertama yang dilawati oleh para penyelidik TAMAN ketika ekspedisi menjelajah negara-negara Indochina pada tahun 2014. Asas kepada lawatan ini adalah mencari pertembungan budaya di antara masyarakat Melayu di Malaysia dengan masyarakat di negara-negara Indochina.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa foto di negara Laos. 




























Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di Masjid Jamek Vientiane.

Kesimpulan yang boleh dibuat ketika melawat negara Laos adalah:

1) Pengaruh agama Buddha adalah sangat kuat di sini (mempengaruhi senibina dan juga landskap)
2) Elemen landskap tradisional hampir sama dengan negara Cambodia dan Malaysia.
3) Identiti landskap masyarakat Laos tidak jelas mungkin kerana mereka kurang penekanan terhadap landskap budaya.
4) Negara Laos adalah bekas jajahan Perancis dan mereka menanamkan pengaruh dalam bidang sosial budaya di Laos atau dengan kata lain mem-Perancis-kan masyarakat tempatan (dapat dilihat jelas di bandar-bandarnya tetapi pengaruh ini kurang di kawasan desa).

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan tugu Patuxay (Victory Gate of Vientiane) yang menyerupai Arc de Triomphe di Paris.



PERIHAL LANDSKAP MELAYU

Secara umumnya di dalam merekabentuk landskap ianya terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan antaranya ialah lokasi dan kawasan persekitaran.

1) Konsep Landskap Tradisional Melayu

Konsep yang ingin ditekankan adalah Landskap Melayu Tradisional (Konsep Kampung), namun walaupun ianya untuk mempersembahkan konsep kampung kita perlu juga mempertimbangkan aspek seperti di bawah:

a) Fungsi (setiap tumbuhan di halaman rumah samaada untuk tujuan makanan, perubatan, teduhan atau kecantikan)
b) Tekstur (kulit batang, jenis daun, bentuk tumbuhan dan lain-lain)
c) Warna (warna yang dapat menafsirkan perasaan)
d) Lokasi penanaman (dari sudut saiz, jenis tumbuhan, ketahanan tumbuhan dan lain-lain berkaitan morphologi tumbuhan)
e) Prinsip-prinsip landskap dan elemen rekabentuk

Landskap Melayu dapat disimpulkan adalah suatu landskap yang menitik beratkan hubungan Manusia dengan Persekitarannya (tempat tinggal). Antara prinsip landskap Melayu ialah mempunyai halaman yang luas untuk pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan (tidak ditanam secara keseluruhan dengan tumbuhan tetapi membiarkan kawasan berumput). Pemilihan tumbuhan pula adalah terdiri daripada tumbuhan yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Antara tumbuhan @ softscape yang biasa didapati pada halaman rumah masyarakat Melayu tradisional ialah:

- Alphinia galangga
- Cymbopogon citratus
- Averrhoa bilimbi
- Citrus aurantifolia
- Citrus hystrix
- Citrus microcarpa
- Cosmos caudatus
- Curcuma domestika
- Capsium frutescens
- Azadirachta indica
- Garcinia mangostana
- Mangifera indica
- Murraya koenigii
- Alphinia nutans
- Piper betle
- Psidium guajava
- Tamarindus indicus
- Pandanus amarylifolius
- Areca catechu
- Plumeria rubra
- Plumeria obtusa
- Cananga odorata
- Michelia champaca
- Artocarpus heterophyllus
- Sansevieria spp.
- Cocos nucifera
- Musa spp.
- Hibiscus spp.
- Ixora spp.


2) Identiti kampung (traditional) vs Identiti Eksklusif (high class and expensive)

Walaupun imej kampung @ tradisional yang dibawa kedalam konsep ini tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh menjadikannya sesuatu landskap yang menarik. Sebagai contohnya di sini di dalam kajian saya tentang susunatur landskap Melayu di Malaysia pada masa kini rata-ratanya adalah tidak formal (not organized in term of the arrangement of hardscape and softscape elements). Tetapi ia tidak boleh menjadi halangan jika kita merekebentuk menjadikannya dalam bentuk formal tetapi masih mengekalkan jenis-jenis tumbuhan dan juga elemen landskap kejur masyarakat Melayu. Ini adalah kerana masyarakat Melayu lebih menitikberatkan kepada fungsi dan sesuatu yang memudahkan dalam kehidupannya (lagi dekat lagi bagus dan perletakan mengikut inspirasi @ citarasa pemilik / penghuni rumah tersebut).

Di dalam merekabentuk landskap Melayu di kawasan yang eksklusif saya berpendapat seseorang designer itu tidak seharusnya terlalu "rigid" dengan berpandukan konsep kampung semata-mata. Seseorang 'designer' itu perlu memilih kawasan-kawasan tertentu di dalam kawasan tersebut yang boleh dibangunkan dengan landskap yang lebih tersusun dengan menggunakan tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan oleh masyarakata Melayu tradisional / kampung. Contohnya di kawasan pintu masuk yang disusun dengan landskap yang semi formal (bukan secara teratur secara total). Bagaimanapun susunatur ini kurang impaknya jika disusun pada halaman rumah secara keseluruhannya. Di dalam rekabentuk landskap Melayu yang eksklusif kita perlulah mempertimbangkan @ menerapkan ciri-ciri "Sense of Welcoming", "Sense of Direction" dan juga "Focalization / Focal Point".


3) Identiti kampung vs Rekabentuk Landskap Tropika

Sebenarnya identiti kampung masyarakat Melayu boleh digabungkan dengan rekabentuk landskap tropika di dalam memberikan seri kepada halaman yang akan dilandskapkan. Untuk makluman landskap tropika adalah hampir sama maksud dengan landskap kampung tetapi ia telah di'brand'kan menjadi landskap yang merujuk kepada sesuatu kawasan. Landskap tropika ini bermaksud penggunaan elemen-elemen landskap (kejur @ lembut) yang sebati dengan iklim tropika. Tidak salah menerapkan susunatur dan kaedah landskap tropika di kawasan ini kerana Malaysia juga adalah termasuk di dalam kawasan beriklim tropika.


4) Mewujudkan "Sense of Place / Spirit of Place"

Di dalam rekabentuk landskap mewujudkan 'sense of place' adalah sesuatu yang paling sukar. Pengekalan identiti tidak hanya boleh melibat satu pihak tetapi kedua-dua pihak. Di dalam sesuatu projek yang mahu memperlihatkan impak yang tinggi ianya perlu melibatkan Rumah / Bangunan dan halamannya bagi tujuan landskap. Kedua-dua unsur ini mempunyai perkaitan yang kuat dan tidak boleh dipisahkan. Pengekalan identiti adalah suatu yang boleh diterapkan walaupun sukar. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini pengekalan identiti tidak semestinya akan menjadi terlalu "direct translation" (hasil daripada pemerhatian terhadap landskap kampung, tetapi ianya boleh diabstrakkan menjadi satu seni dengan menggunakan elemen-elemen Melayu tradisional.


5) Elemen Landskap Kejur (Hardscape)

Bagi landskap Melayu elemen hardscape juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan identitinya. Elemen landskap kejur yang sangat 'significant' adalah:

a) Tempayan
b) Guri
c) Tandas / Bilik mandi
d) Pagar
e) Kerusi / Pelantar
f) Perigi
g) Bangsal
h) Reban

Di dalam kontek perancangan projek ini saya ingin menegaskan kepada beberapa 'items' elemen landskap kejur yang boleh memberikan impak kepada rekabentuk landskap Melayu di sini iaitu Tempayan, Guri dan Pelantar.

Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa perancangan landskap perlu diselitkan dengan identiti eksklusif, rekabentuk landskap tropika dan juga 'sense of place / spirit of place'. Contohnya di kawasan pintu masuk perlulah merekabentuk suatu yang menarik bagi menarik perhatian pengguna/pelanggan/pelawat dan ini akan mewujudkan 'sense of welcoming'. Apabila berada di dalam kawasan ini para pengguna/pelanggan/pelawat tidak boleh dibiarkan "lost" dan perlu adanya suatu tempat yang istimewa yang menjadi perhatian yang akan mewujudkan "focal point". Begitulah kaedahnya dalam merekabentuk landskap Melayu di kawasan eksklusif (elemen tradisional / budaya + gaya / personaliti = nilai estetik).

Diagram ini telah direka oleh saya semasa menjalankan kajian terhadap Konsep Taman Melayu Perak. Ia menunjukkan landskap Melayu adalah suatu kaedah dalam pemuliharaan budaya masyarakat Melayu. Ianya adalah suatu projek 'sustainable' @ mapan yang melibatkan 3 perkara utama iaitu sains, kesenian dan teknologi kepada elemen 'softscape dan hardscape'. Kesemua ciri-ciri ini dapat dijumpai di dalam cara hidup dan budaya masyarakat Melayu serta sejarah ketamadunan mereka (merujuk kepada manuskrip-manuskrip Melayu lama).

Saturday 22 August 2015

Identification of Perak Malay Hard Landscape Elements along the Perak River in the Perak Tengah District

AicQoL2015Jakarta, Indonesia. 
AMER International Conference on Quality of Life
The Akmani Hotel, Jakarta, Indonesia, 
25-27 April 2015

“Quality of Life in the Built & Natural Environment 3"











The Perak Malay Landscape Furniture Design: An Overview


The 2nd International Colloquium of Art and Design Education Research 
(i-CADER 2015)
12th - 15th April 2015
Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia
Universiti Teknologi MARA






Landskap Budaya: Lawatan ke Cambodia 2014

Lawatan ini telah dijalankan dengan jayanya pada akhir tahun lalu oleh para penyelidik TAMAN. Obejektif lawatan ini adalah untuk mengetahui susunatur landskap di kawasan rumah tradisional masyarakat Cambodia. Disamping itu lawatan ini juga untuk melihat perbezaan dan persamaan elemen-elemen landskap yang ada pada halaman rumah tradisional masyarakat Cambodia dan juga masyarakat Melayu di Malaysia.

Hipotesis kajian ini adalah masyarakat di perkampungan tradisional Cambodia mempunyai banyak persamaan dari sudut senibina landskap. Apa yang membezakannya adalah dari sudut falsafah dan keagamaan.

Hipotesis kami tersebut hampir tepat dan terdapat satu lagi perbezaan adalah mereka kekurangan kemudahan asas dan kemudahan yang disediakan juga tidak sempurna yang menyebabkan kehidupan mereka kelihatan mundur.

Di sini kami sertakan beberapa gambar yang telah diambil sepanjang lawatan kami di Cambodia.












































Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan dengan imam masjid di Siem Reap.


Kesimpulan daripada lawatan ini ialah:

1) Perkampungan masyarakat Cambodia boleh dikatakan hampir menyerupai perkampungan masyarakat Melayu di Malaysia.
2) Persamaan dapat dilihat dari segi susunatur rumah, tumbuhan dan elemen landskap kejur yang dilihat tidak menekankan kepada rekabentuk formal.
3) Elemen-elemen landskap kejur yang terdapat di sini adalah seperti tempayan, titi, bangsal, pagar, perigi, kerusi, jerami, struktur penyembahan, ampaian, perun dan pangkin.
4) Masyarakat Cambodia juga menternak haiwan peliharaan di dalam compound rumah mereka.
5) Tumbuhan yang agak dominan di sini adalah pokok kelapa seprti juga di perkampungan Melayu di Malaysia. Selain itu pokok buah-buahan ditanam di halaman rumah.
6) Halaman rumah yang luas dengan pelbagai aktiviti.

Melalui lawatan ini para penyelidik TAMAN telah mendapat info serba sedikit tentang landskap budaya masyarakat Melayu di Malaysia adalah hampir menyerupai landskap budaya masyarakat di Cambodia. Terdapat perbezaan ketara dari sudut senibina rumah, taraf hidup dan juga kemudahan asas yang disediakan kepada masyarakat erkampungan tradisional di Cambodia.