Tarikh : 26 Disember 2012
Lokasi : Jasin (Kampung Terentang)
Merlimau (Kampung Simpang, Kampung Merlimau Pantai, Jalan Batu 14 1/2)
| Pada hari terakhir pengembaraan mencari rumah Melayu tradisional singgah sebentar menjadi pelancong di Perigi Portugis yang terletak di Merlimau. |
| Rumah Pn Hajjah Selina bt Mat Jani yang terletak di Jalan Chinchin, Kampung Terentang, Jasin, Melaka. |
| Halaman yang luas serta ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan landskap. |
| Antara elemen landskap Melayu iaitu titi dan juga tandas di luar rumah masih digunakan sehingga hari ini. |
| Tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam kawasan rumah tradisional Melayu Melaka ini. |
| Penyelidik TAMAN sedang menemubual pemilik rumah ini iaitu Pn Hajjah Selina yang ramah dan banyak memberi info tentang Kampung Terentang. |
| Terdapat juga pondok-pondok kecil di bahagian belakang rumah ini. |
| Halaman yang luas sebagaimana kebanyakan rumah melayu tradisional yang lain. Di dalam gambar juga kelihatan tandas di luar rumah yang telah dibatukan. |
| Bangsal untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunakan lagi. |
| Rumah ini sudah banyak kali menjadi lokasi / set lakonan bagi drama-drama tempatan. Bahagian ini sememangnya cantik dan menarik untuk melakonkan babak bersuasanakan kampung Melayu. |
| Penyelidik TAMAN mengambil gambar kenangan bersama dengan Pn Nona iaitu pemilik rumah ini. |
| Rumah ini sudah banyak kali menjadi lokasi / set lakonan bagi drama-drama tempatan. Bahagian ini sememangnya cantik dan menarik untuk melakonkan babak bersuasanakan kampung Melayu. |
| Perigi yang terdapat di dalam kawasan rumah. Air perigi ini juga dijadikan sumber air untuk mandi . Perigi ini terletak di dalam tandas dan bilik mandi luar rumah. |
| Pokok-pokok asal di halaman rumah ini. Pokok-pokok ini selain berfungsi sebagai pokok teduhan ianya juga adalah garis sempadan tanah pemilik rumah ini. |
| Bekas tapak jamban di luar rumah yang tidak dapat dibaiki lagi kerana keadaan asalnya yang tidak begitu baik. |
| Tangga yang dihiasi kemas dengan jubin melambangkan kekayaan dan darjat pemilik rumah ini . |
| Rumah tradisional ini telah diselenggara oleh Perbadanan Muzium Melaka, Malaysia (PERZIM). Tiket masuk ke galeri ini RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. |
| Halaman yang luas ini adalah untuk majlis keramaian dan ia dibiarkan tanpa pokok untuk dijadikan tempat berkumpul. |
| Bilik mandi luar rumah yang masih digunakan oleh keluarga ini walaupun jarang-jarang. |
| Antara tumbuhan yang terdapat di dalam halaman rumah ini. |
| Bekas kandang lembu yang masih ada kesannya, Terdapat juga reban ayam di bahagian tepi rumah ini. |
| Jamban luar rumah yang masih boleh digunakan. |
| Halaman rumah ini juga antara yang menjadi pilihan untuk dijadikan lokasi / set pengambaran iklan. |
| Para penyelidik TAMAN sedang menemubual En Hassan dan isteri berkenaan rumah dan juga halamannya. |
| Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan pintu masuk makam Tun Teja, Merlimau. |
| Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan rumah Pn Nona bt Joned, Kampung Simpang, Merlimau. |
Berakhir sudah pengembaraan kami menjejaki perkampungan tradisional di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor. Diharapkan maklumat-maklumat yang diperolehi akan membantu kami dalam menyiapkan projek kami kelak. Pengembaraan kami akan diteruskan lagi ke kawasan negeri-negeri Pantai Timur semenanjung Malaysia dan selepas itu akan diikuti pula dengan negeri-negeri di utara tanah air.
Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.
| Inilah tempat terakhir disinggahi sebelum pulang ke negeri Perak..Alhamdulillah kami semua sampai ke negeri Perak dengan selamatnya.. |