Wednesday, 30 October 2013

Lawatan ke Indonesia: Menjejak Warisan Melayu Nusantara 2013

Tarikh     :    30 Mei – 03 Jun 2013
Tempat   :    Jakarta, Bogor, Bandung dan Yogyakarta, Indonesia

Program Menjejak Warisan Melayu Nusantara 2013 yang julung-julung kali diadakan oleh Taman Alam Melayu Nusantara (T.A.M.A.N) dengan kerjasama Centre For Knowledge & Understanding Of Tropical Architecture & Interior (KUTAI), Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (Perak) ini merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan secara informal yang dapat memberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa serta teknik pemuliharaan dan pemeliharaan landskap budaya Alam Melayu di sekitar Nusantara.

Selain itu, kajian dan analisa tapak di sekitar Kota Bandung dan Kota Yogyakarta serta taklimat daripada UNESCO dan Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kota Yogyakarta juga dapat memberi pendedahan kepada para penyelidik berkenaan dengan kaedah membuat inventori dan analisa dalam memahami kepentingan landskap budaya di sesebuah kawasan.

Secara umumnya, program dialog ini bertujuan untuk:

1.          Mendedahkan kepada para penyelidik mengenai teknik serta bidang penyelidikan yang sebenar yang melibatkan aspek perbincangan, perancangan, perlaksanaan dan hubungan dua hala yang berkualiti.

2.          Mengukuhkan ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman para penyelidik dalam menangani isu-isu berkaitan landskap budaya Alam Melayu sekitar Nusantara.

3.         Meningkatkan kefahaman serta idea kepada penyelidik dalam penulisan yang bakal dibuat berkaitan nilai-nilai sosial dan budaya sesebuah masyarakat.

4.           Memupuk semangat kerjasama antara ahli penyelidikan dalam suasana kerja yang profesional.

5.           Meningkatkan kepekaan para penyelidik berkenaan falsafah, ideologi serta konsep rekabentuk agar dapat diaplikasikan dalam bidang penyelidikan yang akan datang.


Di bawah adalah gambar-gambar yang telah diambil oleh para penyelidik TAMAN ketika berada di kawasan kajian. Gambar-gambar ini kebanyakan adalah merujuk kepada kajian kebudayaan masyarakat setempat yakni masyarakat Indonesia. Gambar-gambar ini adalah sekadar untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian umum. Ia tidak kena mengena kepada yang masih hidup atau sudah mati dan juga tidak berniat untuk menunjukkan sesuatu yang kurang menyenangkan sebagai tatapan umum.


LAWATAN : JAKARTA DAN BOGOR

Menunggu bas di depan terminal lapangan terbang antarabangsa di Jakarta. Kami akan memulakan perjalanan ke Bogor selepas ini untuk kawasan kajian yang pertama.


Fakultas Pertanian di Institut Pertanian Bogor antara lokasi terawal ditujui.

Landskap di dalam Fakultas Pertanian, Institut Pertanian Bogor.

Lagi landskap di dalam kawasan Fakultas Pertanian, Institut Pertanian Bogor.

Hasil kerja pelajar di kawasan lapang fakulti.

Terdapat lelongan buku-buku terpakai sebelum memasuki kedai buku fakulti.

Sembahyang Jumaat di Masjid Jami' yang tidak jauh dari fakulti tersebut. 

Budaya masyarakat setempat - berniaga di tepi jalan dan juga ruangan pejalan kaki.

Penyelidik bergambar kenangan di depan pintu masuk Kebun Raya Bogor aka taman botani.

Disinilah terdapatnya spesis  bunga yang terkenal kerana karektor bunganya yang berbau busuk tersangat (Amorphophallus titanum).

Bergambar kenangan di hadapan Rumah Pembesar Bogor di dalam taman botani tersebut. 

Kalau boleh bersenam macam ini silalah buat.

Keunikan taman botani ini antara lain ialah mempunyai pokok-pokok yang sangat matang. Berusia lebih dari 100 tahun ataupun ditanam sezaman dengan pembinaan taman ini.

Amaris Hotel tempat penginapan kami yang berwarna-warni. Hampir semua tempat yang dikunjungi kami menginap di cawangan Amaris Hotel.

Suasana malam yang sangat sesak dengan kenderaan dan juga peniaga pasar malam di tepi jalan utama.

Masyarakat Bogor menjual apa saja hasil pertanian di pasar ini setiap malam.

Pelbagai lapisan masyarakat turut serta dalam aktiviti perniagaan ini.

Selain dari menjual hasil pertanian, masyarakat disini juga mendirikan warung makanan di tepi-tepi jalan.

Terdapat juga peniaga kelinci (arnab) di tepi jalan.

Gerai makan yang memaparkan menu dalam bentuk kain langsir.



LAWATAN : BANDUNG

Tempat pertama persinggahan kami ialah di Cihampelas Walk @ Chi-Walk.

Kenal tak kereta ini. Inilah antara produk tempatan Malaysia yang terdapat di sini iaitu kereta Proton Savvy.

Jalanraya sedang di dalam penyelenggaraan.

Bingkai-bingkai serta gambar yang menarik. Sangat Old-school kedai ini.

Masyarakat di sini tidak kira kecil besar, tua muda semua melakukan perniagaan.

Pokok Samanea saman yang sangat besar di dtengah-tengah bandar seakan-akan pokok yang ada di Taman Tasik Taiping.

Antara kawasan landskap kontemporari yang menarik di Cihampelas Walk.

Landskap yang modern dan stylish.

Tipikal landskap tetapi menarik untuk dipandang.

Landskap yang nampak biasa tetapi anggun kerana penyelenggaran yang sangat baik.

Di Malaysia jarang kita akan lihat budak sebesar ini akan menjual surat khabar di tepi jalan. Sedih dan kagum melihat telatah adik kecil ini menjual surat khabar.

Penjaga parkir.

Macam di dalam sinetron pakaian sekolah adik-adik ini.

Spesis pokok yang mempunyai karektor yang menarik di tepi-tepi jalanraya ke Taman Wisata Alam.

Kawah gunung berapi yang masih aktif sehingga hari ini di Gunung Tangkupan Parahu.

Bergambar kenangan di hadapan papan tanda Taman Wisata Alam.

Lagi pokok-pokok yang mempunyai karektor yang sangat menarik. 

Keindahan alam di Gunung Tangkupan Parahu.

Lagi tumbuhan yang bukan biasa bagi masyarakat Malaysia Cactus Palm yang hanya terdapat di kawasan ini dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Landskap rumah banglo orang berada seperti juga di Malaysia.

Pokok frangipani @ pokok kemboja yang mempunyai bentuk yang menarik. Tengok batangnya yang sangat besar dan cantik.

Pintu masuk ke Kampung Daun Bandung.

Kampung Daun adalah kawasan tempat makan yang terkenal di Bandung kerana kkeenakan masakan dan keindahan landskapnya.

Landskap kejur menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Landskap yang indah sepanjang jalan menjadi tarikan utama Kampung Daun selain masakannya.

Air terjun semulajadi yang terdapat di dalam kawasan Kampung Daun.

Tembok penahan juga dibuat menggunakan bahan semulajadi iaitu batang buluh.

Ini orang bukan patung!! jarang dilihat di Malaysia.

Tembok penahan yang digabungkan dengan bahan semulajadi iaitu batang buluh.

Green roof. Bumbung yang diletakkan dengan daun rumbia dan tumbuhan renek berbunga.

Lagi satu perkara yang tidak pernah saya lihat di Malaysia iaitu kanak-kanak peminta sedekah di tengah-tengah jalanraya yang sibuk.

Kanak-kanak biasa bermain ditepian jalanraya yang sibuk.

Perkara yang biasa ditemui di kawasan-kawasan hampir kepada pendalaman.

Kereta kuda masih digunakan sebagai medium pengangkutan di sini.

Penyelidik TAMAN telah singgah di Candi Cangkuang tetapi malangnya sewaktu tiba disini cuaca sudah hampir gelap.

Untuk ke kawasan candi kami perlu menaiki bot panjang yang diperbuat daripada buluh.

Penyelidik TAMAN bersama pak supir di atas bot buluh.

Pengayuh bot buluh.

Bersebelahan dengan candi terdapat Kampung Pulo iaitu antara  kampung tradisi yang terkenal di Indonesia.

Kampung tradisi ini masih terpelihara walaupun telah terdapat beberapa pengubahan minor.

Model Candi Cangkuang di muzium.

Penyelidik bergambar kenangan dengan papan tanda candi.

Pintu masuk ke kawasan menaiki bot ke Candi Cangkuang.



LAWATAN : YOGYAKARTA

Yogya adalah satu daripada kawasan pelancongan yang terkenal di Indonesia yang mempunyai tarikan yang sangat banyak termasuklah ianya telah dijadikan kawasan khas di bawah pemuliharaan UNESCO.

Yogya juga adalah suatu bandar yang sangat padat dengan populasi penduduk.

Salah satu arca (public art) yang menarik di dalam bandar Yogya.

Wanita-wanita berniaga di bawah pokok ficus yang rendang berhadapan Keraton.

Landskap di dalam keraton di Yogya.

Kawasan lapang dan juga tumbuhan yang terdapat di dalam keraton.

Terdapat banyak pokok ficus yag besar di dalam kawasan keraton.

Pintu masuk ke kawasan keraton.

Pengayuh beca sedia menunggu di luar keraton.

Antara pokok besar yang terdapat di dalam keraton.

Tiket...tiket...tiket...

Patung penjaga pintu masuk keraton.

Kepercayaan masyarakat Indonesia terhadap pemujaan makhluk halus masih ada.

Deretan pokok besar menjadikan landskap keraton sangat menarik walaupun di tengah-tengah kawasan lapang yang luas.

Lagi pemandangan yang menarik di dalam keraton.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di dalam kawasan  keraton.


Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di dalam hadapan pintu masuk keraton.
Terdapat pasar rakyat di luar keraton. 

Antara barangan hiasan yang jarang diperolehi atau dijual di tempat lain.

Pancaragam di dalam pusat bandar untuk menyambut tetamu.

Pelbagai badan beruniform dan persatuan terlibat dalam perarakan di pusat bandar untuk menyambut tetamu.

Pintu masuk ke Taman Sari.

Terpampang indah bahagian hadapan Taman Sari.

Bangunan di bahagian depan Taman Sari yang digunakan untuk menjual tiket.

Antara pasu bunga yang menjadi hiasan Taman Sari.

Kolam dan menara Umbul Winangun yang menjadi tarikan utama Taman Sari.

Taman Sari dikelilingi olehg dinding batu yang tebal.

Susunan pasu bunga membahagikan 2 buah kolam.

Di dalam kolam terdapatnya air pancutan.

Pintu gerbang yang diukir mengikut tradisi istana.

Halaman tengah Taman Sari mempunyai suatu kawasan lapang yang luas dan juga pintu keluar dari istana.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan pintu gerbang Taman Sari yang masyhur.

Lorong pejalan kaki di belakang Taman Sari yang menghubungkan antara rumah-rumah penduduk kampung.

Antara rumah tradisional yang terdapat di dalam kampung ini.

Pandangan dari atas pintu gerbang ke pintu masuk Taman Sari.

Antara patung naga yang terdapat pada tangga pintu gerbang.

Perigi air lama yang masih digunakan oleh masyarakat kampung.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di dalam taman air istana.

Terowong yang menghubungi antara taman air dan istana.

Perigi lama yang berada di dalam kawasan runtuhan istana.

Lagi perigi lama yang berada di dalam kawasan runtuhan istana.

Pencahayaan terowong adalah hasil daripada menara-menara yang dibina khas untuk tujuan menyalurkan cahaya matahari ke dalam terowong bawah tanah.

Tersermpak dengan pengambaran drama sinetron semasa dalam perjalanan ke Makam Raja-raja Mataram.

Papan tanda pintu masuk ke kawasan Makam Raja-raja Mataram.
Pintu gerbang ke kawasan Makam Raja-raja Mataram.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di dalam kawasan Makam Raja-raja Mataram dengan mengenakan pakaian khas atau tradisional masyarakat Mataram.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan pintu makam diraja.

Penanda antara material binaan baru dan material asli.

Landskap di dalam kawasan mandi makam diraja.

Seorang anak kecil bermain layang-layang di dalam kawasan mandi makam diraja.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di atas tangga pintu masuk ke kolam mandi makam diraja.


Pokok besar di dalam kawasan makam diraja.

Pokok-pokok besar di sekitar kawasan makam diraja.

Para pelancong akan diminta untuk menukar pakaian tradisional masyarakat Mataram, dibaca mentera oleh penjaga makam sebelum boleh mengunjungi makam diraja.

Ukiran pada mimbar masjid Makam Raja-raja Mataram.

Tahun pembinaan masjid Makam Raja-raja Mataram.

Belia bermain bola di hadapan Masjid Makam Raja-raja Mataram.

Pokok ficus adalah pokok yang biasa ditemui di kawasan-kawasan bersejarah.
Penghibur jalanan di kalangan belia tempatan.

Beca berhias di hadapan keraton untuk tarikan pelancong.

Gerai makanan tradisional yang menjadi tarikan pelancong berada di tepi-tepi jalan utama di dalam bandar Yogya..

Menu ditulis pada kain rentang gerai makan.

Pasar malam yang dikunjungi oleh ramai pelancong dan masyarakat tempatan.

Barangan boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.

Setelah tengah malam, pasar malam yang menjual barangan telah diambil alih oleh peniaga makanan di sepanjang jalan tersebut.

Meja-meja makan kecil ini disusun menggantikan barang-barang yang dijual sebelumnya.

Penyelidik TAMAN sempat bergambar dengan arca Ayam di tengah-tengah bandar Yogya.

Walaupun tengah malam pengayuh beca masih menunggu pelanggan di sepanjang jalan utama bandar Yogya.

Candi ini dijumpai sebelum  sampai ke tapak Candi Borobudor.

Papan tanda arah ke Candi Borobudor.

Anak-nak kecil dengan pakaian seragam sekolah menunggu bas.

Kedai perabot kayu dan kerawang.

Penyelidik TAMAN diberi taklimat oleh pemandu pelancong di Candi Borobudor.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di atas Candi Borobudur.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan di atas Candi Borobudur.

Antara relief yang terdapat pada dinding Candi Borobudor.

Relief dinding Candi Borobudur.

Relief dinding Candi Borobudur.

Relief dinding Candi Borobudur.

Pemandu pelancong memberi penerangan tentang kisah-kisah di dalam kitab epik Ramayana yang terukir di dinding Candi Borobudor.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur.

Pokok pinang juga terdapat di dalam relief Candi Borobudur.

Pokok yang seakan-akan pokok palma juga terdapat di dalam relief Candi Borobudur.

Pokok pisang berantai juga terdapat di dalam relief Candi Borobudur.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Pokok mangga berantai juga terdapat di dalam relief Candi Borobudur.

Kapal orang Melayu pada zaman dahulu yang diukir pada dinding Candi Borobudur.

Burung hinngap di pohon kemboja.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Relief dinding Candi Borobudur yang memaparkan tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut.

Kapal orang Melayu pada zaman dahulu yang diukir pada dinding Candi Borobudur.

Replika kapal orang Melayu : Kapal Samudraraksa di Muzium Kapal.

Kapal Samudraraksa di Muzium Kapal.

Kapal Samudraraksa di Muzium Kapal.

Terdapat pasar menjual cenderamata di luar kompleks Candi Borobudur.

Pelbagai cenderamata dijual di sini.

Pintu gerbang keluar dari kawasan tapak bersejarah.

Coklat yang memang tidak di Malaysia.

Sudah berada di Lapangan Terbang Adisutjipto, Yogyakarta untuk pulang ke Malaysia.

Sekian sudah pengembaraan para penyelidik TAMAN pada kali ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada lawatan menjejak warisan Melayu Nusantara ini ialah:

1) Orang Melayu mempunyai budaya bangsa yang sangat hebat.
2) Nenek moyang orang Melayu pada zaman dahulu belum memeluk agama Islam. Islam datang lewat daripada agama Hindu-Buddha.
3) Kesetiaan pada raja adalah menjadi pegangan orang Melayu sejak zaman berzaman.
4) Kehebatan senibina terdahulu amat dikagumi dan hampir menyerupai monumen-monumen binaan bersejarah lain di dunia. Malangnya monumen seperti ini tidak dijumpai di Malaysia. (adakah pada suatu masa kita akan menjumpainya dihutan-hutan tebal yang belum diterokai di Malaysia)
5) Dari sudut budaya kami merasakan ada terdapat perbezaan yang tidak ketara antara kaum Melayu di Malaysia dan juga Indonesia.
6) Antara tumbuh-tumbuhan yang terukir di dinding Candi Borobudur ialah pokok mangga, pokok nenas, pokok manggis, pokok pisang, pokok pinang, pokok beringin, pokok bodi, pokok berangan, pokok teratai, pokok betik, pokok keladi, pokok kemboja dan pokok yang seakan-akan pokok hazelnut.
7) Perbezaan penggunaan material Senibina Istana: istana raja-raja Melayu di Indonesia menggunakan material batu tetapi istana-istana lama raja-raja Melayu di Malaysia menggunakan material kayu dan ini telah menyukarkan kepada pemuliharaan istana di Malaysia berbanding di Indonesia yang kebanyakannya utuh hingga kehari ini untuk tatapan anak bangsa. 
8) Banyak keistimewaan jika memiliki artifak-artifak bersejarah di dalam sesuatu negara terutamanya melalui produk pelancongan. Ia secara tidak langsung menjana ekonomi negara.
9) Apa yang lebih penting ialah orang Melayu tidak akan rasa rendah diri kerana akan mendapati bangsa mereka adalah antara bangsa yang sangat maju dan bertamadun di dunia sejak zaman berzaman. 

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang LCCT pada pukul 930 malam. Keesokan harinya kami akan menjalankan kajian tentang taman-taman awam di Putrajaya. Ini bermakna seminggu lagi baru kami akan pulang ke Perak untuk tugasan pendokumentasian.