Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 6
Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini para penyelidik TAMAN berada di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menariknya pada hari ialah para penyelidik TAMAN berjaya melawat semua muzium di dalam Kota Bharu.
Tarikh : 31 Mac 2013
Lokasi : Kota Bharu
Tarikh : 31 Mac 2013
Lokasi : Kota Bharu
Muzium Kraftangan Kelantan mempamerkan kraftangan-kraftangan masyarakat Melayu Kelantan. Landskap yang menarik berserta dengan jualan-jualan kraftangan yang pasti menarik perhatian para pelancong. |
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di Muzium Kraftangan.Walaupun bangunan ini bukannya bangunan lama tetapi ianya menerapkan idea dari rumah tiang 12 masyarakat Melayu Kelantan. |
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan Istana Jahar. Istana ini telah dijadikan muzium adat istiadat diraja dan juga muzium senjata masyarakat Melayu. |
Pemandangan dari atas Istana Jahar. Pintu gerbang gergasi sebagai penyambut tetamu kepada para pelancong. |
Add caption |
Jalan-jalan mencari rumah lama terjumpa kedai cina yang menjual atap singgora. Atap jenis ini nipis sahaja dan jika terjatuh sudah pasti pecah dan tidak boleh digunakan lagi. |
Halaman yang luas adalah ciri-ciri landskap Melayu. |
Antara tumbuhan di dalam pasu di halaman kediaman ini. |
Bangsal yang terdapat di belakang rumah untuk penyimpanan kayu-kayu dan juga atap singgora gantian. |
Kesan tapak tandas luar rumah yang terdapat di dalam compound kediaman ini. |
Para penyelidik TAMAN mengambil gambar kenangan sebelum meninggalkan rumah ini. |
Selesai sudah lawatan untuk hari yang keenam bermakna lawatan tapak pantai timur pun sudah berakhir. Pada petang ini juga para penyelidik TAMAN akan pulang ke UiTM Perak kerana esok hari Isnin (hari kerja la tu ish ish ish..). Semoga semua pengalaman dan juga ilmu yang diperolehi sepanjang program ini berjalan akan menjadi pemangkin kepada kami untuk lebih maju di masa hadapan.
Para penyelidik TAMAN sampai di UiTM Perak pada pukul 1230 tengah malam. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmatnya lawatan tapak ini berakhir dengan jayanya.
Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.
No comments:
Post a Comment