Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 5
Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini para penyelidik TAMAN berada di Tumpat dan Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menariknya pada hari ialah para penyelidik TAMAN berjaya mendapat rumah yang sudah menjangkau usia lebih 100 tahun dan dikatakan bakal dibeli serta diusahakan pemuliharaannya oleh Jabatan Agama Islam.
Tarikh : 30 Mac 2013
Lokasi : Tumpat
Kota Bharu (Jalan Pejabat Pos Lama dan Pengkalan Chepa)
|
Para pemeyelidik TAMAN melakukan penyediakan penyelididikan. |
|
Para penyelidik TAMAN melakukan lawatan ke Tumpat pada hari ini dan telah singgah di Istana Bukit Tanah. Gambar diatas adalah pintu gerbang memasuki ke Istana Bukikt Tanah. Adalah sebuah istana hinggap bagi kerabat diraja negeri Kelantan. Ia dikatakan telah dibina pada tahun 1910. |
|
Gambar ini menunjukkan pelbagai jenis dan saiz tumbuhan yang telah di tanam halaman depan istana hinggap ini. Kebanyakan pokok-pokok di dalam kawasan istana ini sudah besar dan memberikan efek yang menarik dalam landskap. |
|
Sepanjang jalan ke untuk Istana Bukit Tanah Tumbuhan-tumbuhan menjalar ini kebanyakannya adalah seperti pokok bunga kertas yang pelbagai warna. |
|
Gambar mnunjukkan kiri dan kanan jalan akan ada tumbuhan jalan sebagai penyambut tetamu. Antara tumbuhan yang ada di dalam compound istana ini ialah pokok hujan-hujan, semarak api, palma merah dan jati. |
|
Pagar yang memagari istana ini sangat rendah dan ketinggiannya tidak sesuai sesebuah istana. |
|
Setelah melawat Tumpat, para penyeldik TAMAN telah melawat sebuah rumah yang mempunyai nilai-nilai senibinanya yang tersendidri di Jalan Pejabat Pos Lama. Rumah pada ketika ini telah dijadikan tempat untuk mengaji al-Quran. Sejarah awal rumah ini ialah; ia dibina oleh Hj Mohammad Dobah (seorang muallaf dan saudagar dari negara China yang menetap disini), rumah ini dijadikan pusat pengajian agama (Dobah Darul Quran)oleh waris setelah tiada kata sepakat untuk menjual rumah ini pada suatu ketika dahulu.
|
|
Kerawang di atas tingka rumah ini ada tertera 1431 dalam tulisan jawi. Adalah tidak dapat dipastikan adakah itu bermaksud tarikh atau sebaliknya kerana melalui temubual dengan waris pemilik, rumah ini dianggarkannya berusia lebih 100 tahun. Tetapi jika 1431 ini adalah tahun hijrah maka ia hanya 3 tahun dari tahun tertera kerana pada tahun ini adalah 1434 hijrah. Adalah tidak logik rumah yang sebegini lama berusia 3 tahun sahaja. Tetapi jika ia adalah tarikh dalam bilangan masihi maka ianya adalah bangunan setaraf dengan kemunculan Melaka pada suatu ketika dahulu. |
|
Senibina rumah ini sangat menunjukkan kemewahan pemilik rumah pada ketika itu. Pada waktu ini tidak hairanlah jika rumah ini boleh dijual pada harga melebihi RM3juta. |
|
Pintu masuk ke dalam rumah. Laluan masuk ke tangga rumah ini mempunyai pagar yangh dihiasi dengan kerawang ceramik dari negara China yang berwarna hijau. |
|
Pagar batu yang begitu rapat dengan rumah. |
|
Bilik mandi dan perigi yang masih ada air di dalamnya tetapi sudah tidak digunakan lagi oleh penghuni rumah. |
|
Bahagian belakang rumah yang telah rosak teruk akibat kurang penyelenggaraan. Ini diterukkan lagi dengan penggantian dinding kayu yang rosak dengan zink yang mencacatkan nilai senibina rumah ini. |
|
Laluan ke belakang rumah yang sempit tetapi mempunyai nilai privasi. |
|
Bahagian depan rumah ini yang dulunya diselaputi dengan rumput tetapi kini telah ditukarkan menjadi tempat letak kereta pengunjung yang datang mengaji al-Quran. Pada suatu ketika dahulu waris menyatakan yang terdapatnya pokok-pokok seperti rambutan, limau, jambu dan mangga yang ditanam di kawasan rumah ini. |
|
Guri yang terbalik terletak bersebelahan dengan tangga rumah bahagian belakang. |
|
Bahagian belakang rumah ini sangat tidak memuaskan kerana kurang penyelenggaraan oleh waris. |
|
Kerawang seramik cina yang dibawa oleh pemilik terawal rumah ini yang juga seorang saudagar kain dan tembaga dari negara China. |
|
Perun membakar smpah berada di bahagian halaman belakang rumah. |
|
Para penyelidik TAMAN sedang menjalankan aktiviti menemuramah Pn. Hjh Hazimah Mj Mohd Zain iaitu salah seorang waris kepada rumah pusaka ini. |
|
Jika diperhatikan kepada gambar di atas kita boleh lihat terdapatnya kesan konkrit dipenjuru compound rumah ini. Menurut waris temapat ini adalah lokasi dimana satu ketika dahulu sebuah garage kereta Hj Mohammah Dobah. |
|
Rumah ini menggunakan pasak untuk melekatkan bahagian-bahagian kayu. |
|
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan dengan rumah yang mempunyai nilai senibina Melayu yang tinggi di Kota Bharu. |
|
Rumah Tengku Syed Roselan Al-Idrus yang terletak bersebelahan padang golf Pengkalan Chepa. Menurut pemilik rumah ini asal-usul senibina rumah ini adalah dari Pattani. Ia didirikan oleh keturunan raja Pattani yang datang sebelum negara kita merdeka lagi. Menurutnya lagi rumah ini boleh dianggarkan telah dibina sebelum tahun 1950. Bumbung rumah ini yang dahulunya adalah atap singgora telah digantikan dengan metal-deck kerana telah rosak akibat buah kelapa yang jatuh ke bumbung. |
|
Bahagian belakang rumah yang lapang dan mengadap ke arah padang golf. Rekabentuk rumah ini juga menarik kerana mempunyai sedikit persamaan dengan rekabentuk resort yang memanjang seperti berek kerajaan pada suatu masa dahulu. Tetapi keistimewaan rumah ini ialah terdapatnya beranda di kedua-dua bahagian (depan dan belakang rumah). |
|
Bahagian hadapan juga luas dan terdapatnya sedikit deretan pokok yang menjadikan kawasan rumah ini teduh. Antara pokok yang terdapat di dalam kawasan rumah ini ialah pokok akasia, pokok inai, pokok pucuk manisdan pokok kelapa. |
|
Bahagian tepi rumah terdapatnya pokok kelapa. |
|
Para penyelidik TAMAN sedang menemubual pemilik rumah tersebut untuk mendapatkan beberapa kepastian mengenai rumah ini. |
|
Serai ditanam bahagian di hadapan rumah kerana dapur rumah ini adalah dibahagian hadapan. |
|
Terdapat juga perun untuk membakar sampah di dalam kawasan halaman rumah. |
Selesai sudah lawatan untuk hari yang kelima. Esok 31 Mac 2013 adalah hari terakhir bagi para penyelidik TAMAN untuk projek Lawanatan Tapak Pantai Timur. Para penyelidik akan ke Kota Bharu untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana dan juga akan melawat beberapa muzium bagi mengetahui sedikit sejarah masyarakat Melayu Kelantan.
Penyelidik masih menetap di Hotel Politan, Kota Bharu, Kelantan. Aktiviti mencari perkampungan tradisional dan melawat muzium akan bermula sekitar 8.30 pagi.
Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.
Assalamualaikum, maaf tuan. Saya kira berlaku kekeliruan dalam membaca no dalam bahasa jawi. Bacaan adalah dari kiri ke kanan seperti huruf rumi. Jadi no tersebut dibaca 1341 bermaksud 1341 hijrah. Betulkan saya jika saya silap.
ReplyDeleteMerkur Futur Review | Merkur Futur - DECCASINO
ReplyDeleteThe 인카지노 Merkur Futur is a chrome finished 9" by 10 cm. The adjustable blade angle is a big attraction on 메리트 카지노 주소 the German model, although the handle deccasino is a bit