Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 2
Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini mereka semua berada di daerah Kuala Lipis dan juga Jerantut, Pahang. Apa yang menariknya kedua-dua daerah ini sememangnya tidak pernah dilawati oleh para penyelidik TAMAN sebelum ini.
Tarikh : 27 Mac 2013
Lokasi : Kuala Lipis (Kg. Tanjung Gahai, Kg. Berembang)
Jerantut (Sg. Mela)
Tarikh : 27 Mac 2013
Lokasi : Kuala Lipis (Kg. Tanjung Gahai, Kg. Berembang)
Jerantut (Sg. Mela)
Pintu masuk ke Kg. Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang. Kampung ini adalah lokasi pertama untuk dilawati pada hari kedua ini. |
Jambatan di dalam Kg. Tanjung Gahai boleh besar dan nampak kukuh. Dari Jambatan ini kita dapat melihat satu pemandangan yang indah Sg. Lipis. |
Kami disambut dengan tumbuh-tumbuhan di kiri dan kanan jalan yang kecil. Ini telah membuatkan kami lebih teruja untuk masuk lebih dalam ke kawasan kampung. |
Pemandangan yang indah Sungai Lipis. Seperti yang dapat kita lihat terdapat aktiviti menjala ikan di sungai ini. |
Sungai Lipis yang luas sangat menarik perhatian para penyelidik TAMAN. Gambar ini diambil di atas sebuah jambatan gantung di dalam Kg. Bertang bersebelahan Kg. Tanjung Gahai. |
Antara jambatan gantung yang terdapat di dalam kawasan Kg. Tanjung Gahai. |
Para penyelidik TAMAN tidak lupa untuk mengambil gambar kenangan di atas jambatan gantung. |
Rumah ini tiada penghuni semasa lawatan dijalankan. Rumah No. 12 Kg Tanjung Gahai ini mempunyai karektor yang kuat senibina rumah Melayu Pahang. |
Keadaan rumah ini nampak uzur bagaimanapun adalah diyakini ianya masih dihuni oleh penduduk kampung ini. |
Tumbuhan menjadi pagaran kawasan halaman rumah. |
Halaman rumah yang besar dan ditanam dengan pelbagai spesis tumbuhan sangat mendamaikan jika ianya diselenggara dengan baik oleh pemiliknya. |
Kolah air yang terdapat di bilik mandian bagaimanapun telah dibiarkan tanpa selenggara. |
Tandas luar rumah masih digunakan lagi untuk aktiviti harian. |
Pangkin di belakang rumah yang digunakan untuk aktiviti membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk. |
Halaman rumah yang luas adalah salah satu elemen landskap Melayu yang utama . |
Halaman yang luas bukan sahaja ditanam dengan pelbagai tumbuhan tetapi ianya juga telah menempatkan rumah sanak saudara di dalam kawasan yang sama. |
Tanaman berpasu adalah elemen landskap masyarakat Melayu yang masih digunkan di halaman rumah ini. |
Pelbagai tanaman di tanam di sekitar halaman rumah. |
Terdapat kebun pokok salak bersebelahan dengan kediaman ini dan dipercayai adalah kepunyaan pemilik rumah ini. |
Terdapat banyak pokok-pokok asal antaranya ialah pokok kelapa dan rambai yang ditanam di kawasan halaman rumah. |
Halaman rumah yang luas adalah elemen landskap budaya yang ada pada rumah ini. Bagaimanapun halaman yang luas ini tidak digunakan secara total dan dibiarkan terbiar hingga ditumbuhi semak samun. |
Kawasan tepi rumah yang turut ditumbuhi dengan pokok pisang dan semak. |
Bangsal ini tidak lagi digunakan pada ketika ini tetapi keadaannya tidaklah begitu teruk walaupun ada dindingnya yang tertanggal. |
Perun yang terdapat di halaman rumah ini. Ianya terlalu dekat dengan rumah. |
Terdapat juga ampaian lama yang turut berada di halaman rumah. |
Loji Air Mela (Rancangan Bekalan Air Kuala Tembeling) berada di depan bangunan rumah lama ini. Rumah lama ini hampir tidak kelihatan dari jalan utama kerana berada di belakang loji air ini. |
Pintu masuk ke rumah lama ini. Bagaimanapun orientasi bangunan ini tidak mengadap ke pintu ini kerana rumah ini dibina mengikut orientasi mengadap sungai. |
Plat yang memaparkan tarikh Oktober 1937 dengan kalimah La ilaha illalah Muhammadurasullullah di atas pintu di dalam rumah lama ini. |
Kolah juga terdapat di bahagian depan pintu masuk rumah. Ianya turut terbiar dengan ditumbuhi dengan semak samun. |
Kawasan halaman rumah yang luas dan ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan adalah antara elemen landskap budaya masyarakat Melayu. |
Turut memaparkan keluasan halaman bagi rumah lama ini. Gambar tersebut memaparkan bahagian belakang rumah. |
Para penyelidik TAMAN tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan rumah lama yang sangat istimewa ini. |
Selesai sudah lawatan untuk hari yang kedua. Esok 28 Mac 2013 para penyelidik TAMAN akan ke Kuala Terengganu untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana di samping mencari maklumat tentang masyarakat Melayu Terengganu di muzium terbesar di Malaysia iaitu Muzium Terengganu.
Penyelidik telah menetap di Hotel Kenangan, Kuala Terengganu. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 8.30 pagi.
Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.
No comments:
Post a Comment