Thursday, 5 March 2015

Lawatan kajian dalam mendapatkan sampel terhadap konsep dan identiti rekabentuk landskap kejur Melayu di Perak Tengah,Perak.2015

Lawatan kajian dalam mendapatkan sampel  terhadap konsep dan identiti rekabentuk landskap kejur  Melayu  di Perak.

Tarikh     :    1 Feb – 2 Feb 2015
Tempat   :    Parit, Kg Gajah,dan Bota (Perak Tengah), Perak, Malaysia

Lawatan kajian dalam mendapatkan sampel, bagi mendapatkan konsep dan identiti rekabentuk landskap kejur  Melayu  di Perak. Ini merupakan sebahagian daripada proses pendedahan penyelidikan yang dapat memberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa serta dalam pemuliharaan dan pemeliharaan landskap budaya Alam Melayu di sekitar persisiran sungai Perak. Fokus lawatan kajian tertumpu di bahagian Perak Tengah dengan mencari rumah-rumah lama (Rumah Kutai)yang masih terdapat di sini.

Hasil lawatan kajian selama 2 hari ini, kajian sampel ke atas 18 buah Rumah Kutai di Perak Tengah meliputi kawasan Parit, Kg Gajah, dan Bota dapat dikenal pasti untuk kajian ini.

Di bawah adalah gambar-gambar yang telah diambil oleh para penyelidik TAMAN ketika berada di kawasan kajian. Gambar-gambar ini kebanyakan adalah merujuk kepada kajian kebudayaan masyarakat setempat di sekitar Perak Tengah. 

Gambar-gambar ini adalah sekadar untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian umum. Ia tidak kena mengena kepada yang masih hidup atau sudah mati dan juga tidak berniat untuk menunjukkan sesuatu yang kurang menyenangkan sebagai tatapan umum.


LAWATAN KAJIAN DI PERAK TENGAH
(BOTA)

BT1 - Rumah Mohd Sudin Bin Uda Mat Jamin

Rumah Kutai ini masih didiami oleh waris.

Kerusi laman sebagai tempat berehat dan beriadah

Pasu Bunga yang diletakkan menghiasi laman rumah

Perigi yang sudah tidak digunakan.

Kreativiti yang ditunjukkan oleh pemilik rumah.


BT2 - Rumah Kamaruddin Bin Maya

Rumah Kutai ini sudah tidak didiami.

Pangkin di bawah rumah masih dapat dilihat.

Perigi yang terdapat di sisi halaman rumah.


BT3-Tiada penghuni yang mendiami

Rumah Kutai ini ditinggalkan begitu lama.

Masih terdapat perigi dibahagian belakang rumah tersebut. 



BT4-Tiada penghuni yang mendiami

Laman Rumah Kutai ini luas dan cantik tetapi sayang sudah tidak didiami.

Bekas reban ayam yang berada di halaman sisi rumah masih boleh dilihat.



BT5 -Rumah Muhammad Bin Abdul Harun

Rumah Kutai yang masih didiami sehingga hari ini.

Penyelidik TAMAN bergambar kenangan.

Tandas luar masih boleh dilihat di halaman belakanh rumah.


Guri diletakkan sebelah tangga belakang rumah.


Pasu bunga sebagai penghiasan laman rumah.


BT6 -Wakaf Masjid Kg Baru,Bota

Rumah ini telah diwakafkan dan dijadikan dewan untuk kegunaan masjid.


Pemandangan di belakang rumah masih terdapat perigi sebagai tadahan air hujan.


Kerusi dan meja laman sebagai tempat berehat dan beriadah


BT7 - Rumah Tok Sedara Bongsu

Rumah Kutai yang masih elok dan didiami oleh waris.

Kolah asal masih terdapat di hadapan rumah ini.


BT8-Rumah Zaini Bin Buntat

Rumah Kutai ini juga masih didiami dan masih kukuh.

Perigi masih boleh dilihat di halaman sisi rumah.

Reban ayam di belakang rumah.


BT9 - Rumah Puan Kamariah Binti Rawi

Rumah Kutai yang masih diurus dengan baik.

Sangkar burung di halaman  sisi rumah.

Kerusi laman untuk berehat di halaman sisi rumah sebagai teduhan berehat.

Reban ayam dan stor simpanan barang di halaman belakang rumah.


  BT10 - Rumah Puan Soriah Binti Uda Bugis

Rumah Kutai yang masih di dalam kondisi yang baik.

Peninggalan tandas luar rumah.

Tempayan yang tidak digunakan lagi.


BT11-Tiada penghuni yang mendiami

Rumah Kutai ini walaupun nampak masih dalam keadaan yang baik tetapi tidak berpenghuni.

Tandas luar rumah masih terpelihara.


BT12-Tiada penghuni yang mendiami


Rumah Kutai yang yang masih segak bergaya ini sudah tiada penghuni.

Tempayan dan tinggalan lain yang masih berada di bawah Rumah Kutai.


BT13-Tiada penghuni yang mendiami



LAWATAN KAJIAN DI PERAK TENGAH
(PARIT)


PT1 - Rumah Kanda Rasul

Rumah Kutai yang masih didiami oleh waris.

Kawasan perun di halaman belakang rumah.

Peningalan tempayan masih ada di perkarangan rumah.

PT2 - Rumah Mohd Tahir Bin Lebai Janam
Rumah Kutai yang masih elok.

Ampaian dan Pangkin dapat dilihat di halaman sisi rumah.



PT3-Tiada penghuni yang mendiami
Antara Rumah Kutai yang sudah tidak didiami.

Peninggalan perigi di halaman sisi rumah.



LAWATAN KAJIAN DI PERAK TENGAH
(KG GAJAH)

KG1 - Rumah Toh Paduka Raja


Rumah Kutai yang cantik serta mempunyai laman yang luas.

Peninggalan perigi di halaman rumah.

Dapur luar rumah.

Perun.


KG1 - Rumah Zaleha Binti Haji Ahmad

Rumah ini sudah tidak didiami.



Sekian sudah lawatan kajian para penyelidik TAMAN pada kali ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada lawatan ini ialah:

1) Masih terdapat bekas peningalan landskap kejur di kawasan kajian yang boleh direkodkan sebagai salah satu daripada landskap melayu. 
2)  Antara landskap kejur adalah seperti perigi, tempayan, guri, purun, pangkin, pasu bunga, sangkar burung atau ayam dan lain-lain lagi. 
3)  Masyarakat Melayu kurang di dalam menyelenggara laman mereka.
4) Apakah identiti landskap kejur masyarakat Melayu? masih perlu dikupas di dalam lawatan-lawatan yang lain kerana sampel yang ada tidak mencukupi. Penyelidik akan membentangkan hasil penyelidikan di konferen-konferen di dalam negara dan luar negara dalam masa terdekat.
5)  Adakah kita bangga dengan budaya kita? Perlu menyelami hati budi masyarakat Melayu.




          

No comments:

Post a Comment