Saturday, 22 August 2015

Landskap Budaya: Lawatan ke Cambodia 2014

Lawatan ini telah dijalankan dengan jayanya pada akhir tahun lalu oleh para penyelidik TAMAN. Obejektif lawatan ini adalah untuk mengetahui susunatur landskap di kawasan rumah tradisional masyarakat Cambodia. Disamping itu lawatan ini juga untuk melihat perbezaan dan persamaan elemen-elemen landskap yang ada pada halaman rumah tradisional masyarakat Cambodia dan juga masyarakat Melayu di Malaysia.

Hipotesis kajian ini adalah masyarakat di perkampungan tradisional Cambodia mempunyai banyak persamaan dari sudut senibina landskap. Apa yang membezakannya adalah dari sudut falsafah dan keagamaan.

Hipotesis kami tersebut hampir tepat dan terdapat satu lagi perbezaan adalah mereka kekurangan kemudahan asas dan kemudahan yang disediakan juga tidak sempurna yang menyebabkan kehidupan mereka kelihatan mundur.

Di sini kami sertakan beberapa gambar yang telah diambil sepanjang lawatan kami di Cambodia.












































Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan dengan imam masjid di Siem Reap.


Kesimpulan daripada lawatan ini ialah:

1) Perkampungan masyarakat Cambodia boleh dikatakan hampir menyerupai perkampungan masyarakat Melayu di Malaysia.
2) Persamaan dapat dilihat dari segi susunatur rumah, tumbuhan dan elemen landskap kejur yang dilihat tidak menekankan kepada rekabentuk formal.
3) Elemen-elemen landskap kejur yang terdapat di sini adalah seperti tempayan, titi, bangsal, pagar, perigi, kerusi, jerami, struktur penyembahan, ampaian, perun dan pangkin.
4) Masyarakat Cambodia juga menternak haiwan peliharaan di dalam compound rumah mereka.
5) Tumbuhan yang agak dominan di sini adalah pokok kelapa seprti juga di perkampungan Melayu di Malaysia. Selain itu pokok buah-buahan ditanam di halaman rumah.
6) Halaman rumah yang luas dengan pelbagai aktiviti.

Melalui lawatan ini para penyelidik TAMAN telah mendapat info serba sedikit tentang landskap budaya masyarakat Melayu di Malaysia adalah hampir menyerupai landskap budaya masyarakat di Cambodia. Terdapat perbezaan ketara dari sudut senibina rumah, taraf hidup dan juga kemudahan asas yang disediakan kepada masyarakat erkampungan tradisional di Cambodia.

No comments:

Post a Comment