Secara umumnya di dalam merekabentuk landskap ianya terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan antaranya ialah lokasi dan kawasan persekitaran.
1) Konsep Landskap Tradisional Melayu
Konsep yang ingin ditekankan adalah Landskap Melayu Tradisional (Konsep Kampung), namun walaupun ianya untuk mempersembahkan konsep kampung kita perlu juga mempertimbangkan aspek seperti di bawah:
a) Fungsi (setiap tumbuhan di halaman rumah samaada untuk tujuan makanan, perubatan, teduhan atau kecantikan)
b) Tekstur (kulit batang, jenis daun, bentuk tumbuhan dan lain-lain)
c) Warna (warna yang dapat menafsirkan perasaan)
d) Lokasi penanaman (dari sudut saiz, jenis tumbuhan, ketahanan tumbuhan dan lain-lain berkaitan morphologi tumbuhan)
e) Prinsip-prinsip landskap dan elemen rekabentuk
Landskap Melayu dapat disimpulkan adalah suatu landskap yang menitik beratkan hubungan Manusia dengan Persekitarannya (tempat tinggal). Antara prinsip landskap Melayu ialah mempunyai halaman yang luas untuk pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan (tidak ditanam secara keseluruhan dengan tumbuhan tetapi membiarkan kawasan berumput). Pemilihan tumbuhan pula adalah terdiri daripada tumbuhan yang biasa ditanam oleh masyarakat Melayu di halaman rumah. Antara tumbuhan @ softscape yang biasa didapati pada halaman rumah masyarakat Melayu tradisional ialah:
- Alphinia galangga
- Cymbopogon citratus
- Averrhoa bilimbi
- Citrus aurantifolia
- Citrus hystrix
- Citrus microcarpa
- Cosmos caudatus
- Curcuma domestika
- Capsium frutescens
- Azadirachta indica
- Garcinia mangostana
- Mangifera indica
- Murraya koenigii
- Alphinia nutans
- Piper betle
- Psidium guajava
- Tamarindus indicus
- Pandanus amarylifolius
- Areca catechu
- Plumeria rubra
- Plumeria obtusa
- Cananga odorata
- Michelia champaca
- Artocarpus heterophyllus
- Sansevieria spp.
- Cocos nucifera
- Musa spp.
- Hibiscus spp.
- Ixora spp.
2) Identiti kampung (traditional) vs Identiti Eksklusif ( high class and expensive)
Walaupun imej kampung @ tradisional yang dibawa kedalam konsep ini tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh menjadikannya sesuatu landskap yang menarik. Sebagai contohnya di sini di dalam kajian saya tentang susunatur landskap Melayu di Malaysia pada masa kini rata-ratanya adalah tidak formal (not organized in term of the arrangement of hardscape and softscape elements). Tetapi ia tidak boleh menjadi halangan jika kita merekebentuk menjadikannya dalam bentuk formal tetapi masih mengekalkan jenis-jenis tumbuhan dan juga elemen landskap kejur masyarakat Melayu. Ini adalah kerana masyarakat Melayu lebih menitikberatkan kepada fungsi dan sesuatu yang memudahkan dalam kehidupannya (lagi dekat lagi bagus dan perletakan mengikut inspirasi @ citarasa pemilik / penghuni rumah tersebut).
Di dalam merekabentuk landskap Melayu di kawasan yang eksklusif saya berpendapat seseorang designer itu tidak seharusnya terlalu "rigid" dengan berpandukan konsep kampung semata-mata. Seseorang 'designer' itu perlu memilih kawasan-kawasan tertentu di dalam kawasan tersebut yang boleh dibangunkan dengan landskap yang lebih tersusun dengan menggunakan tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan oleh masyarakata Melayu tradisional / kampung. Contohnya di kawasan pintu masuk yang disusun dengan landskap yang semi formal (bukan secara teratur secara total). Bagaimanapun susunatur ini kurang impaknya jika disusun pada halaman rumah secara keseluruhannya. Di dalam rekabentuk landskap Melayu yang eksklusif kita perlulah mempertimbangkan @ menerapkan ciri-ciri "Sense of Welcoming", "Sense of Direction" dan juga "Focalization / Focal Point".
3) Identiti kampung vs Rekabentuk Landskap Tropika
Sebenarnya identiti kampung masyarakat Melayu boleh digabungkan dengan rekabentuk landskap tropika di dalam memberikan seri kepada halaman yang akan dilandskapkan. Untuk makluman landskap tropika adalah hampir sama maksud dengan landskap kampung tetapi ia telah di'brand'kan menjadi landskap yang merujuk kepada sesuatu kawasan. Landskap tropika ini bermaksud penggunaan elemen-elemen landskap (kejur @ lembut) yang sebati dengan iklim tropika. Tidak salah menerapkan susunatur dan kaedah landskap tropika di kawasan ini kerana Malaysia juga adalah termasuk di dalam kawasan beriklim tropika.
4) Mewujudkan "Sense of Place / Spirit of Place"
Di dalam rekabentuk landskap mewujudkan 'sense of place' adalah sesuatu yang paling sukar. Pengekalan identiti tidak hanya boleh melibat satu pihak tetapi kedua-dua pihak. Di dalam sesuatu projek yang mahu memperlihatkan impak yang tinggi ianya perlu melibatkan Rumah / Bangunan dan halamannya bagi tujuan landskap. Kedua-dua unsur ini mempunyai perkaitan yang kuat dan tidak boleh dipisahkan. Pengekalan identiti adalah suatu yang boleh diterapkan walaupun sukar. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini pengekalan identiti tidak semestinya akan menjadi terlalu "direct translation" (hasil daripada pemerhatian terhadap landskap kampung, tetapi ianya boleh diabstrakkan menjadi satu seni dengan menggunakan elemen-elemen Melayu tradisional.
5) Elemen Landskap Kejur (Hardscape)
Bagi landskap Melayu elemen hardscape juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan identitinya. Elemen landskap kejur yang sangat 'significant' adalah:
a) Tempayan
b) Guri
c) Tandas / Bilik mandi
d) Pagar
e) Kerusi / Pelantar
f) Perigi
g) Bangsal
h) Reban
Di dalam kontek perancangan projek ini saya ingin menegaskan kepada beberapa 'items' elemen landskap kejur yang boleh memberikan impak kepada rekabentuk landskap Melayu di sini iaitu Tempayan, Guri dan Pelantar.
Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa perancangan landskap perlu diselitkan dengan identiti eksklusif, rekabentuk landskap tropika dan juga 'sense of place / spirit of place'. Contohnya di kawasan pintu masuk perlulah merekabentuk suatu yang menarik bagi menarik perhatian pengguna/pelanggan/pelawat dan ini akan mewujudkan 'sense of welcoming'. Apabila berada di dalam kawasan ini para pengguna/pelanggan/pelawat tidak boleh dibiarkan "lost" dan perlu adanya suatu tempat yang istimewa yang menjadi perhatian yang akan mewujudkan "focal point". Begitulah kaedahnya dalam merekabentuk landskap Melayu di kawasan eksklusif (elemen tradisional / budaya + gaya / personaliti = nilai estetik).
Sangat menarik tuan, jarang org buat kajian tentang ini.
ReplyDelete