Saturday, 30 March 2013

Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 5



Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 5




Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini para penyelidik TAMAN berada di Tumpat dan Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menariknya pada hari ialah para penyelidik TAMAN berjaya mendapat rumah yang sudah menjangkau usia lebih 100 tahun dan dikatakan bakal dibeli serta diusahakan pemuliharaannya oleh Jabatan Agama Islam.
Tarikh        : 30 Mac 2013
Lokasi       : Tumpat  
                  Kota Bharu (Jalan Pejabat Pos Lama dan Pengkalan Chepa)
                   


Para pemeyelidik TAMAN melakukan penyediakan penyelididikan.
Para penyelidik TAMAN melakukan lawatan ke Tumpat pada hari ini dan telah singgah di Istana Bukit Tanah. Gambar diatas adalah pintu gerbang memasuki ke Istana Bukikt Tanah. Adalah sebuah istana hinggap bagi  kerabat diraja negeri Kelantan. Ia dikatakan telah dibina pada tahun 1910.
Gambar ini menunjukkan pelbagai jenis dan saiz tumbuhan yang telah di tanam  halaman depan istana hinggap ini. Kebanyakan pokok-pokok di dalam kawasan istana ini sudah besar dan memberikan efek yang menarik dalam landskap.             
Sepanjang jalan ke untuk Istana Bukit Tanah Tumbuhan-tumbuhan menjalar ini  kebanyakannya adalah seperti pokok bunga kertas yang pelbagai warna.
Gambar mnunjukkan kiri dan kanan jalan akan ada tumbuhan jalan sebagai penyambut tetamu. Antara tumbuhan yang ada di dalam compound istana ini ialah pokok hujan-hujan, semarak api, palma merah dan jati.
Pagar yang memagari istana ini sangat rendah dan ketinggiannya tidak sesuai sesebuah istana.
Setelah melawat Tumpat, para penyeldik TAMAN telah melawat sebuah rumah yang mempunyai nilai-nilai senibinanya yang tersendidri di Jalan Pejabat Pos Lama. Rumah pada ketika ini telah dijadikan tempat untuk mengaji al-Quran. Sejarah awal rumah ini ialah; ia dibina oleh Hj Mohammad Dobah (seorang muallaf dan saudagar dari negara China yang menetap disini), rumah ini dijadikan pusat pengajian agama (Dobah Darul Quran)oleh waris setelah tiada kata sepakat untuk menjual rumah ini pada suatu ketika dahulu.

Kerawang di atas tingka rumah ini ada tertera 1431 dalam tulisan jawi. Adalah tidak dapat dipastikan adakah itu bermaksud tarikh atau sebaliknya kerana melalui temubual dengan waris pemilik, rumah ini dianggarkannya berusia lebih 100 tahun. Tetapi jika 1431 ini adalah tahun hijrah maka ia hanya 3 tahun dari tahun tertera kerana pada tahun ini adalah 1434 hijrah. Adalah tidak logik rumah yang sebegini lama berusia 3 tahun sahaja. Tetapi jika ia adalah tarikh dalam bilangan masihi maka ianya adalah bangunan setaraf dengan kemunculan Melaka pada suatu ketika dahulu.
Senibina rumah ini sangat menunjukkan kemewahan pemilik rumah pada ketika itu.  Pada waktu ini tidak hairanlah jika  rumah ini boleh dijual pada harga melebihi RM3juta.
Pintu masuk ke dalam rumah. Laluan masuk ke tangga rumah ini mempunyai pagar yangh dihiasi dengan kerawang ceramik dari negara China yang berwarna hijau.

Pagar batu yang begitu rapat dengan rumah.

Bilik mandi dan perigi yang masih ada air di dalamnya tetapi sudah tidak digunakan lagi oleh penghuni rumah.

Bahagian belakang rumah yang telah rosak teruk akibat kurang penyelenggaraan. Ini diterukkan lagi dengan penggantian dinding kayu yang rosak dengan zink yang mencacatkan nilai senibina rumah ini.

Laluan ke belakang rumah yang sempit tetapi mempunyai nilai privasi. 

Bahagian depan rumah ini yang dulunya diselaputi dengan rumput tetapi kini telah ditukarkan menjadi tempat letak kereta pengunjung yang datang mengaji al-Quran. Pada suatu ketika dahulu waris menyatakan yang terdapatnya pokok-pokok seperti rambutan, limau, jambu dan mangga yang ditanam di kawasan rumah ini.

Guri yang terbalik terletak bersebelahan dengan tangga rumah bahagian belakang.

Bahagian belakang rumah ini sangat tidak memuaskan kerana kurang penyelenggaraan oleh  waris.

Kerawang seramik cina yang dibawa oleh pemilik terawal rumah ini yang juga seorang saudagar kain dan tembaga dari negara China.

Perun membakar smpah berada di bahagian halaman belakang rumah.

Para penyelidik TAMAN sedang menjalankan aktiviti menemuramah Pn. Hjh Hazimah Mj Mohd Zain iaitu salah seorang waris kepada rumah pusaka ini.

Jika diperhatikan kepada gambar di atas kita boleh lihat terdapatnya kesan konkrit dipenjuru compound rumah ini. Menurut waris temapat ini adalah lokasi dimana satu ketika dahulu sebuah garage kereta Hj Mohammah Dobah.

Rumah ini menggunakan pasak untuk melekatkan bahagian-bahagian kayu.
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan dengan rumah yang mempunyai nilai senibina Melayu yang tinggi di Kota Bharu.
Rumah Tengku Syed Roselan Al-Idrus yang terletak bersebelahan padang golf Pengkalan Chepa. Menurut pemilik rumah ini asal-usul senibina rumah ini adalah dari Pattani. Ia didirikan oleh keturunan raja Pattani yang datang sebelum negara kita merdeka lagi. Menurutnya lagi rumah ini boleh dianggarkan telah dibina sebelum tahun 1950. Bumbung rumah ini yang dahulunya adalah atap singgora telah digantikan dengan metal-deck kerana telah rosak akibat buah kelapa yang jatuh ke bumbung.
Bahagian belakang rumah yang lapang dan mengadap ke arah padang golf. Rekabentuk rumah ini juga menarik kerana mempunyai sedikit persamaan dengan rekabentuk resort yang memanjang seperti berek kerajaan pada suatu masa dahulu. Tetapi keistimewaan rumah ini ialah terdapatnya beranda di kedua-dua bahagian (depan dan belakang rumah).

Bahagian hadapan juga luas dan terdapatnya sedikit deretan pokok yang menjadikan kawasan rumah ini teduh. Antara pokok yang terdapat di dalam kawasan rumah ini ialah pokok akasia, pokok inai, pokok pucuk manisdan pokok kelapa.

Bahagian tepi rumah terdapatnya pokok kelapa.

Para penyelidik TAMAN sedang menemubual pemilik rumah tersebut untuk mendapatkan beberapa kepastian  mengenai rumah ini.

Serai ditanam bahagian di hadapan rumah kerana dapur rumah ini adalah dibahagian hadapan.

Terdapat juga perun untuk membakar sampah di dalam kawasan halaman rumah.

Selesai sudah lawatan untuk hari yang kelima. Esok 31 Mac 2013 adalah hari terakhir bagi para penyelidik TAMAN untuk projek Lawanatan Tapak Pantai Timur. Para penyelidik akan ke Kota Bharu  untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana dan juga akan melawat beberapa muzium bagi mengetahui sedikit sejarah masyarakat Melayu Kelantan.

Penyelidik masih menetap di Hotel Politan, Kota Bharu, Kelantan. Aktiviti mencari perkampungan tradisional dan melawat muzium akan bermula sekitar 8.30 pagi. 

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.




Friday, 29 March 2013

Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 4


Lawatan Tapak Pantai Timur Semenanjung Malaysia - Bahagian 4



Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini para penyelidik TAMAN berada di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Apa yang menariknya para penyelidik TAMAN berjaya mendapat rumah yang sedang di dalam proses pemulihan oleh Muzium Terengganu yang berusia lebih dari 100 tahun berserta dengan beberapa rumah yang sezaman dengannya di daerah Besut. Kali ini ia membabitkan rumah raja dan masjid yang dibina bersama sebagai pakej pada ketika itu.
Tarikh        : 29 Mac 2013
Lokasi       : Kuala Terengganu (Pulau Duyung)
                  Setiu (Kampung Mangkuk)
                  Besut (Kampung Raja)

Para penyelidik TAMAN menjalankan kajian untuk hari terakhir di negeri Terengganu.  Senibina rumah Terengganu sangat mengujakan para penyelidik TAMAN dan peminat-peminat senibina masyarakat Melayu.


Pintu masuk ke Kota Lama Duyung. Ia sangat menarik dengan ukiran walaupun saiznya tidak terlalu besar. Pintu pagar diperbuat kayu dan pagar dibuat dari batu.

Pandangan ke arah Kota Lama Duyung. Kompleks ini diselenggara oleh Muzium  Terengganu. Bangunan ini memperlihatkan senibina Corinthian atau Mesir pada dinding dan tiangnya. Selain itu ianya juga dipengaruhi oleh senibina Melayu tradisional yang lain seperti Bujang Berpeluh, Lima Bungkus dan Potong Belanda.

Pintu pagar yang mempunyai gerbang yang menarik. Saiznya kecil sedikit dari pintu pagar utama tetapi menggunakan material yang sama.

Tandas luar istana dan perigi juga terdapat di Kota Lama Duyung ini. Lokasi tandas terletak ditepi bangunan dan berbeza dengan rumah-rumah tradisional Melayu yang lain (kebanyakannya terletak di bahagian belakang rumah).

Tandas luar yang rendah ini tidak dapat dipastikan cara penggunaannya pada suatu ketika dahulu.

Perigi lama yanag masih lagi mempunyai air tetapi sudah tidak digunakan lagi.

Bahagian belakang kota ini tidak mempunyai halaman yang terlalu luas dan ianya juga tida mempunyai pagar seperti di bahagian depan dan tepi.

Kolah air yang terdapat pada kota ini tetapi kolah air ini bukan satu-satunya kolah yang terdapat di dalam kota ini.
Antara tumbuh-tumbuhan yang ada di kota ini adalah seperti pokok pelam, belimbing dan bunga tanjung. Tumbuhan lain juga terdapat di sini tetapi ianya masih kecil kerana baru sahaja ditanam oleh pihak muzium.

Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di hadapan Kota Lama Duyung. Kami mengagumi senibina Melayu tradisional dan sentiasa mengharapkan pihak Kerajaan akan mempergiatkan aktiviti memulihara bangunan tradisional dan juga bersejarah di seluruh pelusuk negara.

Para penyelidik TAMAN telah singgah di Setiu untuk melihat sendiri keindahan senibina rumah Melayu tradisional yang terdapat di Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkuk. Dalam lawatan ini para penyelidik TAMAN tidak dibenarkan mengambil gambar di atas faktor privasi kepada pelanggan yang menginap di dalamnya.

Pokok kelapa ada di sepanjang jalan menuju ke pintu masuk Terrapuri ini. Suasana yang mendamaikan dengan deruan angin dari laut China selatan seolah-olah menyambut kedatangan tetamu untuk bertandang.

Pintu masuk ke Terrapuri direkabentuk sebegitu supaya pelanggan mereka akan merasai privasi dan  ketenangan dalam percutian mereka. 

Angin bertiup kencang dari laut China selatan dengan awan yang membiru menjadikan pantai di Kampung Mangkuk ini sesuai untuk aktiviti pelancongan.

Lambang Terrapuri yang berada di pintu masuknya. Ianya seakan-akan mahkota seorang puteri raja yang dihiasi dengan bunga-bungaan yang cantik.
Bumbung-bumbung rumah Melayu tradisional yang terdapat di dalam Terrapuri. Kesemua rumah ini adalah datangnya dari rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu dan dipasang semula disini.

Para penyelidik TAMAN bergamabar kenangan di pantai Kampung Mangkuk dan berlatarbelakangkan laut China selatan. Pemandangan di sini sungguh indah dan rugi jika tidak meluangkan masa ke sini jika singgah di Setiu.


Rumah ini sebelum ini mengikut dari penceritaan penduduk Kampung Raja, Besut adalah dimiliki oleh  seorang bekas Hakim Daerah iaitu En. Wan Mohd Hakim. Kemunkinan bangunan ini telah dibina sebelum perang dunia yang kedua dan ia adalah lambang kepada kekayaan seseorang pada masa tersebut. Rekabentuk bangunan ini melihatkan terdapatnya anjung di bahagian depan rumah dan pintu masuk bagi bangunan ini adala di kedua-dua belah arah anjung tersebut.

Pada masa kini ianya telah menjadi Tadika Sayangku Cemerlang dan telah diselenggara dengan baik. Fungsinya sebagai rumah kediaman sudah bertukar menjadi sebuah tadika di dalam Kampung Raja.

Antara pokok-pokok yang terdapat di dalam kawasan bangunan lama ini ialah  pokok asam jawa, pelam dan juga akasia. Lain-lain tumbuhan adalah tumbuhan yang ditanam untuk mencantikkan halaman oleh pemilik yang baru.
Halaman bahagian depan bangunan ini sangat luas dan seperti juga rumah-rumah tradisional Melayu yang lain bahagian depan akan dibiarkan kosong tanpa sebarang tumbuhan bagi melapangkan kawasan.

Jika melihat kepada keadaan fizikal bangunan ini apakah perasaan anda???Sudah pasti kita akan membayang bangunan yang sudah uzur dan tidak boleh dibaiki lagi. Bagaimanapun untuk pengetahuan semua ini adalah Rumah Raja: Rumah Tengku Anjang Zahab atau juga dikenali  sebagai rumah Tengku Long. 

Menurut sejarah rumah raja ini telah dibina oleh Tengku Chik Haji bin Tengku Hitam sebelum tahun 1890.  Tahun tersebut adalah merujuk kepada tahun masjid yang berada di depan rumah raja ini yang dibina dengan pakej 2 buah rumah raja (rumah raja Tengku Anjang Zahab dan Istana Tengku Kembang) dan 1 masjid (masjid lama Kampung Raja). Untuk makluman Istana Tengku Kembang juga lebih dikenali sebagai Istana Tengku Long yang telah dipindahkan ke Muzium Terengganu. 

Keunikan rumah raja ini antara lain ialah bangunan saudara yang berada di dalam kawasan juga bersambungan dengan rumah raja ini (dihubungi oleh sebuah jambatan seperti gamabar di atas).

Bilik mandi yang lengkap dengan kolah air ini terletak di bahagian belakang rumah.

Dinding dan pagar kaki lima rumah raja ini dalam keadaan uzur kerana tidak dijaga oleh kaum kerabat. Bagaimanapun untuk pengetahuan semua bangunan ini telah diambil oleh Muzium Terengganu sebagai sebuah elemen di dalam Kompleks Seni Ukir dan Kraf.

Antara tumbuhan yanag ada di dalam kawasan rumah raja ini ialah pokok asam jawa, pokok pelam, palma borassus, pokok manggis, pokok sukun dan kaktus.

Lagi satu arah gambar yang menunjukkan keuzuran rumah raja ini. 


Tempayan cina yang terdapat di atas anjung rumah raja ini. Tempayan ini masih kukuh walaupun tidak berfungsi lagi.

Ruang dalaman rumah raja ini. Setiap dinding mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan sebuah rumah tradisional lama yang telah dilawati oleh para peneyelidik TAMAN di Kampung Penajis, Negeri Sembilan.
Bahagian depan dan tepi yang dibiarkan kosong untuk meminimumkan penanaman pokok.

Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di hadapan Rumah Tengku  Anjang Zahab.

Masjid yang dibina pada tahun 1890 ini berada di depan Rumah Raja Tengku Anjang Zahab. Ianya siap dengan kawasan kubur bagi menempatkan pusara kaum kerabat diraja.



Pertanyaan: Siapakah pemilik rumah ini. Jika dilihat bangunan ini mempunyai 6 buah bumbung dan tidak mempunyai sebarang sempadan. Lokasi rumah ini adalah di Kampung Raja, Besut. Terletak mengadap sebuah masjid dan tidak berapa jauh dari sebuah sekolah dan juga tidak jauh dari rumah tinggal yang diwarnakan dengan cat kuning.

Sayangnya rumah agam ini tidak diselenggara oleh waris menyeabakan  bangunan menjadi rosak dan hampir runtuh. Walaubagaimanapun jika diperhatikan rumah  ini mempunyai rekabentuk senibina yang menarik dan mampu diketengahkan menjadi bangunan warisan Terengganu. 

Selesai sudah lawatan untuk hari yang keempat. Esok30 Mac 2013 para penyelidik TAMAN akan ke Tumpat dan Kota Bharu untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana.

Penyelidik telah menetap di Hotel Politan, Kota Bharu, Kelantan. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 8.30 pagi.

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.