Monday, 24 December 2012

Lawatan Tapak Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia - Bahagian 2

Perjalanan mencari perkampungan tradisional masyarakat Melayu diteruskan oleh penyelidik TAMAN. Hari ini mereka semua berada di daerah Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor. Apa yang menariknya kedua-dua daerah ini ialah terdapat banyak lokasi / set lakonan filem dan drama tempatan yang sangat terkenal.

Tarikh        : 24 Disember 2012
Lokasi       : Sg. Besar (Parit 1 , Parit 1 1/2 Timur) ,
                   Kuala selangor (Kg. Sg. Gulang - Gulang)

Tali Air ,Nadi Sistem Pengairan Sawah Padi .
Sawah Padi Menjadi  Sumber Utama Pendapatan Penduduk Sekitar.
Teratak Kajian Pertama , Bangunan Rumah Tradisional Yang Berusia Lebih 40 Tahun Dan Lokasinya Terletak Di  Parit 1 , Parit 1 1/2 Timur, Sg Besar, Sabak Bernam.
Didirikan Oleh Datuk Pemilik  Yang  Merupakan  Seorang Tukang Kayu.
Pemilik Bangunan Pada Masa Kini Ialah Pn. Kholijah Bt Pandi. Kawasan Rumah ini juga pernah dijadikan lokasi / set lakonan rancangan tempatan.
Suasana kampung tepian sawah sangat menggamit jiwa sesiapa yang lalu di sini.
Kehadiran Kami Dihargai , Beliau Juga Ramah Sewaktu Memberikan Penerangan  

Reban Ayam di belakang rumah antara identiti masyarakat Melayu di perkampungan tradisional. 
Rumah Tradisional Ini Masih Lagi Mengekalkan Lokasi Tandas Di Bahagian Luar Rumah  .
Sumber air pada suatu ketika dulu (dibina bersama rumah). Pada ketika ini ianya tidak lagi digunakan kerana  pemilik rumah telah disalurkan bekalan air paip ke rumah.
Sawah terbentang luas di sisi dan belakang rumah menjadikannya seolah-olah satu pulau di sini.
Persinggahan Yang Kami Yang Kedua, Pemilik Bangunan Ini  Ialah En. Ishak bin Abdullah.

 Menjadi Tempat Berlindung Keluarga Ini  Selama Lebih 40 Tahun  Dan Masih Lagi Teguh Berdiri. 
Juga mempunyai elemen-elemen rumah tradisional Melayu iaitu tandas di luar rumah dan juga  penggunaan temapayan.
Sedikit aktiviti landskap yang dibuat oleh pemilik rumah ini. Walaupun ianya agak minima tetapi  tetap menunjukkan identiti masyarakat Melayu yang gemarkan aktiviti bercucuk tanam.
Mempunyai Pemandangan Yang Menarik Di Sekitarnya. Tali Air Yang Luas Di Bahagaian Depan Rumah  Memberikan Ketenangan Kepada Mata Yang Memandang.

Lawatan diteruskan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Begitu banyak Lotong di kawsana Bukit Malawati yang akan menjadi penyambut tetamu para pelancong.

Lihatlah betapa mesranya Lotong-lotong ini dengan manusia. Mereka seperti manusia juga suka melepak di atas "guard rail" tepian jalan (gambar ini bukan photoshop tau, ia benar terjadi).
Mereka seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di kawasan ini.
Penyelidik TAMAN berposing sebentar melihat suasana sekitar Bukit Malawati.
Sesi perbincangan dengan Ketua Kampong Sg Gulang-Gulang di Restoran Pelangi. Terima kasih Tok Ketua kerana sangat membantu kami dalam mendapatkan maklumat tapak di Kuala Selangor.

Rumah seterusnya iaitu di 7/4, Kg Sg Gulang-Gulang, Tanjong Karang, Kuala Selangor. Pemilik bangunan ini adalah En. Muhammad Mustamami bin Hj Yoha. Bangunan ini seperti yang disampaikan oleh isteri beliau dibina sekitar 1960an.

Kambing yang dibela oleh pemilik rumah dibiarkan berkeliaran di halaman rumah.

Rumah ini juga mempunyai tandas di luar rumah tetapi ianya sudah tidak digunapakai oleh  penghuni rumah kerana mereka telah membina tandas baru di dalam rumah.
Terdapat kandang kambing di bahagian belakang rumah En Muhammad Mustamami. 

Lokasi terakhir di Kuala Selangor iaitu di Rumah En Ashar bin Ahmad yang terletak di 6/2 Kg Sg Gulang-Gulang, Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Bangunan ini diceritan kepada saya dibina pada tahun 1963 oleh tukang Melayu. Persekitaran yang mendamaikan menggambarkan suasana perkampungan masyarakat Melayu yang penuh dengan keaslian budaya.

Rumah dan juga persekitaran bangunan inj juga banyak dijadikan lokasi / set lakonan bagi filem dan drama keluaran produksi tempatan.
                 
Wahhh persekitaran terbaik dan dijaga rapi oleh pemilik rumah ini En Ashar. Tahniah diucapkan kepadanya yang merupakan seorang peminat landskap.
Seolah-olah anda sedang berada di sebuah resort. Inilah contoh persekitaran halaman masyarakat Melayu yang mampu diketangahkan diperingkat antarabangsa.

Guri masih ada di laman rumah ini. Masih tersusun kemas dengan penambahan elemen softscape lain memberikan impak yang baik kepada ruangan ini.
Juga masih ada elemen tandas dan bilik mandi di luar rumah.
Selesai sudah aktiviti penyelidikan di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Penyelidik telah bertolak ke Kuala Pilah selepas solat Asar di Kedai Cendol Durian Borhan.

Inilah papan tanda Kedai Cendol Durian Borhan yang sangat terkenal. Ramai pengunjung di sini dan ia macam sudah menjadi seperti RnR kepada pemandu yang menuju ke arah Klang, Selangor.
Cendol Durian Pulut (ada juga tamabahanlain seperti keladi, labu dan jagung) dan mee kari memang terbaik dan terkenal di daerah Kuala Selangor.

Lawatan untuk hari ketiga adalah di daerah Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan pada 25 Disember 2012. Penyelidik telah menetap di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 8.30 pagi.

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment