Friday, 28 December 2012

Lawatan Tapak Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia - Bahagian 5

Sudah tiba hari terakhir para penyelidik TAMAN menjalankan Lawatan Tapak Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia. Pencarian kampung tradisional Melayu di Melaka tidak terlalu sukar kerana negeri Melaka sememangnya diketahui umum sebuah negeri yang masih banyak rumah tradidional Melayu.

Tarikh :    26 Disember 2012
Lokasi :   Jasin (Kampung Terentang)
               Merlimau (Kampung Simpang, Kampung Merlimau Pantai, Jalan Batu 14 1/2)

Pada hari terakhir pengembaraan mencari rumah Melayu tradisional singgah sebentar menjadi pelancong di Perigi Portugis yang terletak di Merlimau.
Rumah Pn Hajjah Selina bt Mat Jani yang terletak di Jalan Chinchin, Kampung Terentang, Jasin, Melaka.
Halaman yang luas serta ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan landskap.
Antara elemen landskap Melayu iaitu titi dan juga tandas di luar rumah masih digunakan sehingga hari ini.
Tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam kawasan rumah tradisional Melayu Melaka ini.
Walaupun usia rumah tradisional ini melebihi 100 tahun tetapi ia masih teguh berdiri dan dijaga dengan baik oleh warisnya. Rumah ini sentiasa menjadi perhatian pelajar yang membuat kajian senibina Melaka dan juga para pelancong yang lalu lalang di sini untuk mengambil gambar.
Penyelidik TAMAN sedang menemubual pemilik rumah ini iaitu Pn Hajjah Selina yang ramah dan banyak memberi info tentang Kampung Terentang.
Dahulunya rumah ini dikatakan berwarna biru tetapi kini telah dicatkan dengan warna kuning. Bagaimanapun ianya tidak menjejaskan identiti rumah tradisional Melaka yang memang terkenal dengan berwarna-warni.
Rumah Pn Nona bt Joned yang terletak di Kampung Simpang, Merlimau, Melaka. Rumah ini dikatakan telah dibina sebelum merdeka lagi dan menurut penduduk tempatan arwah suami Pn Nona pernah berkhidmat dengan Tentera Jepun pada zamannya.
Terdapat juga pondok-pondok kecil di bahagian belakang rumah ini.
Halaman yang luas sebagaimana kebanyakan rumah melayu tradisional yang lain. Di dalam gambar juga kelihatan  tandas di luar rumah yang telah dibatukan.
Bangsal untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunakan lagi.
Rumah ini sudah banyak kali menjadi lokasi / set lakonan bagi drama-drama tempatan. Bahagian ini sememangnya cantik dan menarik untuk melakonkan babak bersuasanakan kampung Melayu.
Penyelidik TAMAN mengambil gambar kenangan bersama dengan Pn Nona iaitu pemilik rumah ini. 
Rumah ini sudah banyak kali menjadi lokasi / set lakonan bagi drama-drama tempatan. Bahagian ini sememangnya cantik dan menarik untuk melakonkan babak bersuasanakan kampung Melayu.
Rumah Penghulu Md Natar (Galeri Demang Abdul Ghani) yang dibina pada tahun 1831 mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan oleh 3 orang tukang Melayu yang mahir. Lokasinya terletak di Kampung Merlimau Pantai.
Perigi yang terdapat di dalam kawasan rumah. Air perigi ini juga dijadikan sumber air untuk mandi . Perigi ini terletak di dalam tandas  dan bilik mandi luar rumah.
Pokok-pokok asal di halaman rumah ini. Pokok-pokok ini selain berfungsi sebagai pokok teduhan ianya juga adalah garis sempadan tanah pemilik rumah ini.
Bekas tapak jamban di luar rumah yang tidak dapat dibaiki lagi kerana keadaan asalnya yang tidak begitu baik.
Tangga yang dihiasi kemas dengan jubin melambangkan kekayaan dan darjat pemilik rumah ini .
Rumah ini tidak mempunyai tempayan atau guri yang diletakkan bersebelahan tangga sepertimana rumah tradisional Melayu yang lain. Bagaimanapun rumah ini mempunyai kolam di kiri dan kanan tangga yang mempunyai fungsi yang sama tetapi pada hari ini kolam tersebut telah ditukar fungsinya menjadi kotak tanaman. Pada pendapat kami ini telah merosakkan falsafah senibina rumah tradidional ini yang mahu menampilkan suatu yang mewah serta darjat (Demang) dan lain dari rakyat biasa di dalam kampung ini.
Bahagian bawah rumah telah disimenkan setelah ditukarkan status menjadi Galeri bagi memudahkan penyelenggaraan. Dahulunya ia adalah seperti rumah tradisional yang lain iaitu berada di atas tanah asal.
Rumah tradisional ini telah diselenggara oleh Perbadanan Muzium Melaka, Malaysia (PERZIM). Tiket masuk ke galeri ini RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
Halaman yang luas ini adalah untuk majlis keramaian dan ia dibiarkan tanpa  pokok untuk dijadikan tempat berkumpul.
Rumah milik En Hassan bin Hj Md Amin. Beliau adalah bekas ketua kampung (tok sidang). Menurutnya rumah  ini dibeli pada tahun 1944 dari En Khamis dan menurutnya lagi rumah ini sudah lama dibina sebelum dibelinya. Lokasi rumah ini terletak di KM 23, Jalan Batu Gajah.
Bilik mandi luar rumah yang masih digunakan oleh keluarga ini walaupun jarang-jarang.
Antara tumbuhan yang terdapat di dalam halaman rumah ini. 
Bekas kandang lembu yang masih ada kesannya, Terdapat juga  reban ayam  di bahagian tepi rumah ini.
Jamban luar rumah yang masih boleh digunakan.
Halaman rumah ini juga antara yang menjadi pilihan untuk dijadikan lokasi / set pengambaran iklan.
Para penyelidik TAMAN sedang menemubual En Hassan dan isteri berkenaan rumah dan juga halamannya.
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan pintu masuk makam Tun Teja, Merlimau.
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di depan rumah Pn Nona bt Joned, Kampung Simpang, Merlimau.

Berakhir sudah pengembaraan kami menjejaki perkampungan tradisional di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor. Diharapkan maklumat-maklumat yang diperolehi akan membantu kami dalam menyiapkan projek kami kelak. Pengembaraan kami akan diteruskan lagi ke kawasan negeri-negeri Pantai Timur semenanjung Malaysia dan selepas itu akan diikuti pula dengan negeri-negeri di utara tanah air.

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.


Sebelum pulang ke Perak kami singgah dulu di Bandar Melaka..kami terjumpa pokok kelapa malang ini dekat-dekat ngan orang dok nak nyanyi karaoke memalam tuhh..kesian kan pokok ini tengak le fizikal batang nyer...ini mungkin akibat dari besi pengikat lampu tu yang sudah lama berada pada pokok kelapa tersebut...kalau nak lagi kreatif kita boleh buat sampai jadi macam Luk keris Melayu...jadi rerajin ler letak besi penyangkut lampu tu bebanyak.. selamat berjaya yekk..

Inilah tempat terakhir disinggahi sebelum pulang ke negeri Perak..Alhamdulillah kami semua sampai ke negeri Perak dengan selamatnya..

No comments:

Post a Comment