Sunday, 23 December 2012

Lawatan Tapak Pantai Barat & Selatan Semenanjung Malaysia 2012

Objektif lawatan ini dilakukan:

1)  Untuk menjana tahap kefahaman serta merasai sendiri persekitaran, identiti serta aktiviti sebenar kampung tradisional Melayu sekitar Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia.

2)  Untuk mendapatkan maklumat melalui kaedah inventori dan analisa tapak dalam melengkapkan serta memenuhi keperluan dan kehendak kertas kerja projek Model Rekabentuk Konsep Taman Melayu.

3)  Untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan berdasarkan budaya Melayu dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dua hala antara masyarakat kampung dengan penyelidik khususnya dan UiTM Perak amnya.

Para Penyelidik TAMAN UiTM Perak
 
Lawatan Pertama:
Lawatan Tapak Pantai Barat & Selatan Semenanjung Malaysia
Tarikh : 23 Disember 2012

Lokasi : Taiping (Kampung Repoh, Batu Kurau dan Kampung Changkat Lobak)
              Kuala Kangsar (Bukit Chandan)
              Perak Tengah (Parit)

Rumah En Tarmizi bin Ismail dibina pada 1970an.

Rumah tinggal di Kampung Changkat Lobak.
Perigi dan tandas di rumah tinggal Kampung Changkat Lobak.
Tempayan yang terbiar dipenuhi dengan tanah di Kampung Changkat Lobak.
Baitul Rahmah yang dibina pada 1911.
Fasad Baitul Rahmah masih kukuh dan bangunan ini didiami oleh waris pemiliknya.
Baitul Anuar yang dikatakan berusia lebih 100 tahun.
Fasad Baitul Anuar yang dilengkapi dengan "Soto" - tempat istirehat pemilik bangunan ini pada suatu ketika.

Rumah Kutai Allahyarham Ramli bin Hj Mohd Ali di Parit, Perak Tengah.
Bangunan rumah Kutai ini walaupun berusia hampir 100 tahun tetapi masih didiami oleh waris pemilik bangunan.
Bilik mandian diluar rumah.
Kolah air untuk membasuh diri.
Memasak secara gotong royong (kenduri memasak untuk masuk rumah baru dijalankan di rumah En Musa bin Mahmud, Kampung Changkat Madrasah Batu Kurau yang dibina pada tahun 1920an)
Kepok padi di Kampung Changkat Madrasah, baru Kurau.
Reban anak ayam di Kampung Changkat Madrasah.
Fasad rumah tradisional di Kampung Changkat Madrasah.
Rumah Pn Fauziah bt Mat Nata yang dibina lebih 100 tahun di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Persekitaran kampung tradisional yang menjadi pilihan produser filem melakonkan aktiviti perfileman di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Basikal tua masih digunakan di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Lesung masih digunakan oleh keluarga Pn Fauziah bt Mat Nata di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Di kawasan rumah pembuat hulu dan sarung keris di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Antara peralatan yang digunakan oleh pembuat hulu dan sarung keris di Kampung Repoh, Batu Kurau.
Rumah En Musa bin Mahmud, Kampung Changkat Madrasah Batu Kurau yang dibina pada tahun 1920an.
Kepok padi tradisional di Kampung Changkat Madrasah, Batu Kurau.
Bangsal pelbagai guna di En Musa bin Mahmud, Kampung Changkat Madrasah Batu Kurau.

Lawatan untuk hari kedua adalah di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada 24 Disember 2012. Penyelidik telah menetap di Hotel Ocean, Sungai Besar. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 7.30 pagi.

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment