Perjalanan yang agak menarik hari ini ditempuhi oleh para penyelidik TAMAN. Mereka semua memasuki banyak perkampungan tradisional yang mempunyai pelbagai latarbelakang yang menarik dan jika tidak merasai sendiri pengalaman tersebut akan merasakan satu kerugian untuk lawatan kali ini.
Tarikh : 25 Disember 2012
Lokasi : Kuala Pilah (Seri Menanti dan Kg Galau)
Rembau (Kampong Penajis Tanjong dan Kampong Mambong)
|
Lawatan pertama ke Muzium Diraja Negeri Sembilan. Bangunan ini siap dibina pada 1908 dan pada hari ini tidak digunakan lagi untuk istiadat diraja kerana istana baru telah dibina bersebelahan dengannya. |
|
Para penyelidik TAMAN sangat ceria di awal pagi untuk memulakan tugasan pada hari tersebut. |
|
Istana Tunku Zaidah yang dibina hampir 150 tahun yang lalu. Pernah didiami oleh Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. |
|
Terdapat banyak tumbuhan baru ditanam di persekitaran Istana Tunku Zaidah. Bagaimanapun persekitarannya dijaga rapi oleh waris dan penjaga istana. |
|
Perigi air yang dikatakan tidak pernah kering dan suatu ketika dahulu jika berlaku kemarau penduduk tempatan akan datang mengambil air dari perigi ini. |
|
Pokok bacang adalah salah satu pokok yang ditanam seawal pembinaan Istana Tunku Zaidah. Selain daripada itu pokok kuini, manggis, rambutan dan pauh juga adalah antara pokok yang terawal ditanam di dalam kawasan istana ini. |
|
Tandas luar bangunan yang tidak digunakan lagi tetapi bangunan itu masih ada di tempat asalnya. |
|
Kawasan landskap yang ada di dalam halaman Istana Tunku Zaidah. |
|
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan dengan penjaga istana di dalam Istana Tunku Zaidah. |
|
Istana Tunku Zaidah walaupun tidak lagi digunakan tetapi sejarah kewujudannya dan pembinaannya amat berharga bagi sejarah Negeri Sembilan. Kawasan halaman yang luas dan ditanam dengan pokok buah-buahan yang banyak meyakinkan penyelidik bahawa pada suatu ketika dahulu masyarakat Melayu gemar menanam pokok buah-buahan di halaman rumah mereka. |
|
Rumah Galau Gamin milik Pn. Norfiah bt Hassan di Kampung Galau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Senibina rumah ini sangat menarik ditambahkan lagi dengan anjung yang hanya dibenarkan kepada rumah-rumah para pembesar di Negeri Sembilan pada suatu ketika dahulu. Rumah ini berusia dalam lingkungan 200 tahun dan masih didiami oleh waris. |
|
Para penyelidik TAMAN sedang sibuk berbincang mengenai Rumah Galau Gamin yang sangat terkenal sebagai lokasi / set pengambaran filem dan drama tempatan itu. |
|
Suasana persekitaran Rumah Galau Gamin yang sangat menarik dan kemas sangat mengujakan para penyelidik TAMAN. |
|
Walaupun tempayan yang ada telah dialihkan dari kedudukan asalnya tetapi susunan landskap rumah ini sangat rapi. |
|
Tandas luar rumah masih digunakan hingga sekarang. |
|
Halaman sisi yang luas dan dilitupi dengan rumput adalah elemen utama landskap rumah ini. |
|
Para penyelidik TAMAN sedang berbincang dan bertukar pendapat dengan suami kepada pemilik Rumah Galau Gamin. |
|
Rumah En Zainal di Kampung Tanjong Penajis, Rembau. Senibina rumah Melayu yang sangat menarik dan dipenuhi dengan ukiran. Bagaimanapun bangunan ini sudah tidak didiami oleh warisnya dan dikatakan akan dirobohkan pada akhir tahun ini kerana warisnya telah menjual rumah tersebut. Usia bangunan ini tidak dapat diketahui kerana sudah tidak berpenghuni. |
|
Terdapat kepok padi yang dilihat tidak digunakan lagi di halaman Rumah En Zainal di Kampung Tanjong Penajis, Rembau. |
|
Terdapat juga perigi air yang dipagar di sebelah belakang bangunan asal Rumah En Zainal di Kampung Tanjong Penajis, Rembau |
|
Halaman depan yang luas dan dilitupi dengan rumput menjadikan persekitaran rumah sangat menarik. Pokok--pokok yang besar menjadikan kawasan ini sangat redup walaupun pada waktu tengahhari. |
|
Para penyelidik TAMAN bergambar kenangan di halaman depan bangunan rumah tradisional melayu yang dikatakan akan dirobohkan tidak lama lagi. |
|
Peti surat Rumah En Zainal di Kampung Tanjong Penajis, Rembau. Para penyelidik TAMAN tidak mendapat maklumat siapakah pemilik asal bangunan ini kerana nama En Zainal tidak tertera pada peti surat rumah ini. Tetapi berpandukan kepada penyewa bangunan belakang rumah tambahan bangunan tersebut (2 orang lelaki dari seberang) mereka menyatakan bahawa mereka menyewa dari seorang yang bernama En Zainal. |
|
Rumah Pn Rahmah bt Kassim yang terletak di Kampong Mambong, Rembau yang berusia hampir 50 tahun. Rumah ini pada asalnya ditanam di dalam ladang getah. Bagaimanapun ladang getah sudah tidak ada pada ketika ini kerana telah ditebang oleh penghuni dan digantikan dengan pokok buah-buahan. |
|
Rumah ini dibina di atas kawasan berbukit. Pokok rambutan ditanam di cerun (halaman depan rumah). |
|
Kepok padi juga ada di halaman rumah ini bagaimanapun fungsinya ditukar menjadi setor menyimpan barangan lama penghuni rumah ini. |
|
Halaman depan rumah yang diliputi dengan rumput dan lapang mewujudkan suasana yang tenang. |
|
Fasad rumah tradisional Melayu hasil pembinaan tukang cina. Identiti pertukangan cina dapat dilihat jelas dengan adanya cermin di atas tingkap bangunan. |
|
Mendapat sebakul buah rambutan hasil dari lawatan ini. Terima kasih kepada keluarga Pn. Rahmah bt Kassim di Kampong Mambong, Rembau, Negeri Sembilan. |
|
Pertanyaan kepada sesiapa yang mengetahui asal-usul bangunan ini..Ada sesiapa yang tahu apakah sebenarnya bangunan ini???Senibinanya amat menarik kerana ada ukiran disetiap dindingnya dan lebih mengejutkan lagi ianya adalah bangunan empat tingkat..tetapi macam tidak siap jer bangunan ini.. |
Selesai sudah lawatan untuk hari yang ketiga. Esok 26 Disember 2012 para penyelidik TAMAN akan ke Batu Pahat, Johor untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana dan akan bertemu dengan seorang pakar landskap Melayu di UTHM.
Penyelidik telah menetap di Hotel D'impian Inn, Parit Raja, Batu Pahat. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 8.30 pagi.
Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.
No comments:
Post a Comment