Wednesday, 26 December 2012

Lawatan Tapak Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia - Bahagian 4

Perjalanan pada hari ke-empat sangat menarik dan menguji kesabaran yang tinggi para penyelidik TAMAN. Pada hari ini kami telah memulakan perjalanan dengan berjumpa seorang sahabat di UTHM Batu Pahat untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan. Menyelusuri setiap pelusuk perkampungan tradisional di daerah Batu Pahat dan Muar sangat mengujakan.

Tarikh :     26 Disember 2012
Lokasi :    Batu Pahat (Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar)
                Muar (Parit Sulong, Batu 2 3/4, Kg. Sungai Terap)

Para penyelidik TAMAN berada di FKAAS UTHM, Batu Pahat.
Perbincangan dengan En Izudinshah b Abd Wahab, pensyarah FKAAS dan penulis buku Landskap Melayu Semasa: BeritaPublishing Sdn. Bhd. (2008).

Rumah En Sulaiman b Hj Bakri yang terletak di Jalan Muar, Parit Sulong ini telah dibina pada tahun 1925 oleh  seorang tukang Melayu.
Perigi air yang telah dikambus setelah bekalan air paip diperolehi.
Bahagian sisi rumah yang bersih dan mempunyai elemen taman Melayu iaitu tempayan dan laman yang dilitupi dengan rumput.
Pokok asam antara pokok yang terawal ditanam di kawasan rumah En Sulaiman. Bagaimanapun kawasan persekitaran rumah ini pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang getah sebelum dibersihkan menjadi perkampungan yang permai.
Elemen rumah Johor yang terdapat pada rumah ini.

Fasad rumah tradisional yang menarik diserikan lagi dengan softscape di halaman rumah.
Tempayan lama yang masih lagi terdapat di halaman rumah tetapi fungsinya tidak lagi sebagaimana suatu masa dahulu.

Sesi perbincangan dan juga mendapatkan maklumat dari En Sulaiman.
Rumah Pn Naimah bt Kosnin yang terletak di Ayer Hitam, Parit Sulong ini telah dibina sekitar tahun 1960an oleh tukang Melayu.
Penyelidik TAMAN sedang menemubual Pn Naimah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan ini. 
Elemen taman Melayu yang terdapat di sekitar halaman rumah Pn Naimah. Walaupun sudah tidak digunakan lagi tetapi ini telah membuktikan yang elemen ini ada dan digunakan pada suatu masa dahulu.
Antara tumbuhan dan elemen landskap yang terdapat di halaman rumah ini.
Terdapat selang antara kawasan rumah dan kawasan tanaman.
Rumah Pn Rupiah bt Ahmad yang berusia lebih 100 tahun ini terletak di Jalan Batu 2 3/4 Muar sangat menarik senibinanya.
Fasad rumah tradisional yang dimiliki oleh Pn Rupiah telah menarik minat para pelancong untuk bergambar dengannya ketika melalui jalan ke Singapura.
Tempayan yang tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya di dalam taman Melayu. Bagaimanpun sebab mengapa ia terletak di situ telah diterangkan oleh Pn Rupiah kepada penyelidik.
Elemen rumah Johor terserlah walaupun rumah ini dilihat uzur dibahagian belakangnya.
Perbualan dengan Pn Rupiah rancak kerana beliau sangat ramah dengan menceritakan pelbagai pengalamannya.
Rumah tinggal yang mempunyai senibina Melayu tradisional yang terletak di  Kg Sungai Terap.
Elemen rumah Johor yang terdapat pada rumah ini.
Foto ini menunjukkan tarikh rumah ini siap dibina iaitu 11 Februari 1938.
Tandas luar rumah yang masih berdiri teguh.
Kawasan semak disekeliling rumah ini.
Para penyelidik bergambar kenangan di hadapan rumah ini.

Selesai sudah lawatan untuk hari yang ke-empat. Esok 27 Disember 2012 para penyelidik TAMAN akan ke Jasin dan Merlimau, Melaka untuk mencari perkampungan Melayu tradisional di sana dan yang paling menarik ialah penyelidik akan berusaha untuk ke Rumah Penghulu Natar yang dikatakan sangat menarik dari sudut senibina Melakanya.

Penyelidik telah menetap di Hotel Seri Impian, Jasin, Melaka. Aktiviti mencari perkampungan tradisional akan bermula sekitar 9.00 pagi.

Untuk makluman segala catatan di dalam blog ini adalah ringkasan hasil dari pengembaraan para penyelidik TAMAN sahaja dan semua data yang diperolehi belum dianalisa dengan tepat dan ianya adalah pandangan penulis semata-mata.

No comments:

Post a Comment